Jumaat, 27 Januari 2012

Cerekarama TV 3,Aku Mahu Terbang Ditayangkan Malam Ini

Sinopsis
Aku Mahu Terbang mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Rezki yang mengejar impian dan cita-citanya ingin menjadi seorang juruterbang. Rezki, 12 tahun, dibesarkan dalam keluarga penoreh getah yang serba kekurangan dan hanya bergantung harap kepada ibu serta abangnya iaitu Mak Hanun dan Syukur.

Suatu hari, sebuah syarikat penerbangan swasta Kaze Tech Sdn Bhd menganjurkan Karnival Kerjaya untuk tujuan mendedahkan kerjaya juruterbang kepada penduduk Felda. Rezki berjanji akan membawa ibu dan abangnya melihat tempat dia belajar. Malangnya sebelum peperiksaan bermula, dia menerima berita mengejutkan mengenai ibu dan abangnya yang meninggal dunia akibat kemalangan. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Info:  Kaze Tech Sdn Bhd

Promo
 

Antara gambar-gambar yang sempat saya rakamkan sewaktu drama ini dalam pembikinan lebih kurang 2 minggu lalu.Lokasi SKB3.

Epit dan rakan-rakan di SKB3.

Sempat berbual dengan pengarah produksi, saudara Faizal, anak kelahiran Felda Besout.



Wajah serius penerbit.

Di lokasi...






















Rabu, 18 Januari 2012

Lagi Sampan Sahabat Puakajoran Hilang

Belumpun dua minggu kehilangan" Badung 30" sebuah lagi sampan milik rakan di Ulu Basir dilaporkan hilang.Sampan kepunyaan Wak Jelani, salah seorang rakan joran sepit biru yang selalu beraksi ketika udang bermusim dilaporkan hilang dua hari lepas.Kehilangan sampan/bot yang keempat dalam tempoh 2 tahun.Sebelum ini sampan /bot milik Pak Anjang dan Cikgu Man (Rakanpuaka),diikuti oleh kehilangan Badung 30 dan terkini sampan fiber sepanjang 12 kaki milik Wak Jelani pula dikebas orang.Walaupun gerakan megesan dan mencari dilakukan namun sampan-sampan tersebut gagal ditemui.

Ahad, 15 Januari 2012

"Badung 30" Lenyap Dari Pandangan.Maklumat Diperlukan!

Semalam saya dimaklumkan oleh Pengumpul Sumber Puakajoran, Pak Su @ Cepoi, juga pemilik yang sah "Badung 30" bahawa bot fiber berukuran 14 kaki kesayangan beliau telah lenyap dari pandangan.Lenyapnya "Badung 30" bererti impian kami untuk memburu udang dan kelabau pada musim ini turut musnah.

Kali terakhir "Badung 30" beraksi ialah pada hari minggu yang lalu.Kehilangan disedari dua hari selepas itu.Berdasarkan maklumat, 3 lelaki yang tidak dikenali telah menunda bot tersebut.Gerakan mencari dilancarkan selepas itu namun tiada jejak yang ditinggalkan, hanya kesan potongan pada rantai dan tali penambat bot ditemui.

Saya paparkan gambar-gambar arkib tentang "Badung 30"yang pernah dimuatkan di dalam halaman ini.Sayangnya saya tidak menyimpan gambar penuh bot tersebut.

"Badung 30" berwarna hijau,ditulis dengan pelekat merah di bahagian sisi kanan dan kiri bot.
Pengkalan bot sungai Ulu Basir.Di lokasi inilah bot tersebut dicuri.
 Gambar arkib,Pak Su @ Cepoi sedang beraksi di atas bot kesayangannya.
Maklumat diperlukan.Rakan-rakan joran yang mempunyai maklumat mengenai "Badung 30", mohon jasa baik sahabat-sahabat untuk menghubungi Cepoi @ Saiful - 0195033001 atau maklumkan kepada rakan-rakan "30" yang bermastautin sekitar Felda Gunung Besout 1,2,3,4 dan 5,Sungkai dan Slim River.




 Hilang sudah sebuah pengharapan.

Khamis, 12 Januari 2012

Ustaz Hadi Mahu Jadi Nelayan Semula


SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam.

Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.


Ada yang menyebut namanya sebagai seorang  calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.

Momentum  atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar  sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma.

Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu.

Ustaz Hadi sebagai seorang ulama haraki  tidak pernah menolak tanggungjawab. Apabila beliau ditanya soalan itu, maka beliau memberikan satu jawapan politik dan dakwah mengikut semangat yang selalu diberi oleh ulama besar silam.

Pertama tidak menjawabnya secara tepat sebelum keperluan itu tiba tetapi adalah tanggungjawab ulama tidak menolak tanggungjawab apabila amanah itu diletakkan kepadanya.

Saidina Abu Bakar cepat-cepat mencalon Umar al-Khatab sebagai khalifah menjalan tugas pimpinan sebaik Nabi SAW wafat, kerana merasakan dirinya bukan calon terbaik. Saiduna Umar r.a. pula cepat-cepat menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.

Itu akhlak yang berkelayakan besar bagi memimpin umah. Pimpinan negara atau kerajaan adalah penting, tetapi pemimpin  Islam yang berwibawa sentiasa melihat siapa berupaya dan berkelayakan selain daripadanya, kerana yang utama bagi  Islam ialah tuntutan dan hendak Islam dapat dipenuhi dan ada orang lain yang dapat memenuhinya, kalau pun tidak lebih baik, sekurang-kurang sama baik dengannya.

Maka pilihan mereka ialah membuat pekerjaan sendiri bagi menyara diri  seperti beternak, bertani, menangkap ikan. Abu Zar misalnya menolak semua jawatan, memilih menjadi tukang anyam bakul bagi menyara hidupnya.

Ustaz Hadi adalah seorang tokoh besar ulama dan politik di peringkat nansional dan antarabangsa, pendakwah gigih, pernah menjadi Menteri Besar, berkelayakan untuk menjadi pentadbir. Semuanya bersetuju beliau diberi peranan.

Jika boleh diberi kebebasan untuk memilih kehidupan yang paling dekat di hatinya iaitu sebagai orang biasa yang kembali ke laut sebagai nelayan. Memang beliau dilahirkan dalam keluarga nelayan, besar sebagai keluarga nelayan. Walau pun sebok dengan hidup politik  dan dakwah,  tetapi ke laut dan menjala ikan tetapi menjadi hobinya dan ada kandang kambingnya sebagai tempat bersantai setelah penat kempen dan mengajar.

Jika tugas politiknya dapat dikurangkan, atau kewajipan itu dapat dipangku orang lain, tentu beliau ada masa yang selesa untuk mencandak sotong  dan turun ke laut dalam menangkap ikan untuk keperluannya dan orang-orang sekelilingnya.

Mulanya saya tidak pernah memikirkan Ustaz Hadi patut lebih ke laut dari mengendalikan pemerintahan apabila Allah gilirkan bagi PAS untuk sama-sama memerintah. Keutamaan baginya di tempat pemerintahan ialah bagi memastikan tuntutan Islam itu berjalan sebaik-baiknya. Jika ada yang boleh mengendalikannya, maka pilihannya untuk ke laut seperti datuk-datuknya dulu dan saudara maranya.

Inilah pilihan yang dibuat oleh Rashied Ghanusi apabila Parti An-Nahzah memenang pilihan raya Tunisia baru-baru ini dan ini kaedah yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin yang menyertai pilihan raya Mesir sekarang. Pimpinan utama Ikhwan tidak menyertai pilihan raya pun,  tetapi mereka memberi amanah kepada orang-orang yang  dipercayai dapat memenuhi perjuangannya.

Kita boleh mengambil sikap terbuka boleh mengambil laluan yang diambil oleh rakan-rakan di Tunisia dan Mesir dan boleh menasihatkan Ustaz Hadi supaya menangguhkan dulu keinginannya menjadi nelayan penuh masa.

Mungkin buat masa terdekat ini ke laut itu jadi hobi seperti orang turun ke padang golf dan bermain tenis.

Sabtu, 7 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Walaupun sudah lapan hari berada di tahun baru 2012, rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada pengunjung laman ini.Puakajoran masih aktif namun kesibukan admin dengan tugas rutin pada awal tahun menampakkan seolah-olah halaman ini terbiar dan bakal ditinggalkan.Apapun puakajoraan mengharapkan tahun 2012 ini lebih bermakna untuk sahabat dan rakan-rakan yang sentiasa bertamu ke sini tidak kiralah sama ada penjoran ataupun tidak.Semoga tahun ini menjanjikan seribu sinar kebahagiaan untuk kita semua.SELAMAT TAHUN BARU 2012 - Tokan PJ.