Ahad, 15 Januari 2012

"Badung 30" Lenyap Dari Pandangan.Maklumat Diperlukan!

Semalam saya dimaklumkan oleh Pengumpul Sumber Puakajoran, Pak Su @ Cepoi, juga pemilik yang sah "Badung 30" bahawa bot fiber berukuran 14 kaki kesayangan beliau telah lenyap dari pandangan.Lenyapnya "Badung 30" bererti impian kami untuk memburu udang dan kelabau pada musim ini turut musnah.

Kali terakhir "Badung 30" beraksi ialah pada hari minggu yang lalu.Kehilangan disedari dua hari selepas itu.Berdasarkan maklumat, 3 lelaki yang tidak dikenali telah menunda bot tersebut.Gerakan mencari dilancarkan selepas itu namun tiada jejak yang ditinggalkan, hanya kesan potongan pada rantai dan tali penambat bot ditemui.

Saya paparkan gambar-gambar arkib tentang "Badung 30"yang pernah dimuatkan di dalam halaman ini.Sayangnya saya tidak menyimpan gambar penuh bot tersebut.

"Badung 30" berwarna hijau,ditulis dengan pelekat merah di bahagian sisi kanan dan kiri bot.
Pengkalan bot sungai Ulu Basir.Di lokasi inilah bot tersebut dicuri.
 Gambar arkib,Pak Su @ Cepoi sedang beraksi di atas bot kesayangannya.
Maklumat diperlukan.Rakan-rakan joran yang mempunyai maklumat mengenai "Badung 30", mohon jasa baik sahabat-sahabat untuk menghubungi Cepoi @ Saiful - 0195033001 atau maklumkan kepada rakan-rakan "30" yang bermastautin sekitar Felda Gunung Besout 1,2,3,4 dan 5,Sungkai dan Slim River.




 Hilang sudah sebuah pengharapan.

6 ulasan:

  1. salam;
    sampai hati diorang kebas bot tu..mudah2an bandung tu dapat dijumpai...

    BalasPadam
  2. haduh! tak dapat jugak la renjer nak turun beraksi sekali..bandung 30 dah lenyap.. kena siasat ni..mane tahu boleh jumpak balik nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya kena siasat tu...cuba2 risik...kalu x dpt alamat mancing kat tebing jugak la...ish..ish...teringat saya pada kelabau ulu basir...

      Padam
  3. to azremy...nasib baik enjin x ada masa tu..sampan ajer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ish dorang org yg curik tu desperate sangat kot sampai nak curik bot orang....haih manusia2 apa nak jadi. Sy doakan semoga bot badung 30 akan dijumpai secepat mungkin.

      Padam