Paparan tertunda lagi.Aktiviti dilakukan pada pertengahan April yang lalu. Destinasi utama kami ialah menjinakkan jelawat Tronoh Mines yang sudah beberapa tahun tidak dikunjungi.Sebelum ke destinasi sempat singgah di sungai Cenderiang.Walaupun riak jelawat kerap kelihatan namun tidak mahu menjamah umpan.Hanya joran Mat Trolak yang menjadi pilihan. Seekor patin dan seekor jelawat bersaiz 'S" (bawah 1 kg) .
Memadai dengan 2 ekor tangkapan akhirnya kami bergerak ke Tronoh Mines.Sudah berubah rupanya suasana Tronoh Mines. Lokasi menjoran semakin mengecil.Pekebun dan penerokaan tanah untuk pertanian semakin rakus dan tamak. Sekitar lombong yang pecah ke sungai Kinta sudah dipagar.Hutan dipugar.Begitu menyesakkan sehinggakan kami mengalami kesukaran untuk mencari "port" yang sesuai ditambah pula beberapa orang penjoran yang saya kira begitu tamak merebut lokasi yang terhad. Lebih 20 batang joran untuk seorang pemancing. Mahu ke mana lagi kami. Hanya mencelah diantara joran mereka. Sungguh tidak selesa.Kebetulan hujan dan ribut yang melanda tiba-tiba.Kami bertambah tidak selesa.Akhirnya saya,Juragan Nizam,Cepoi dan Mat Trolak beransur pulang menjelang pukul 3.00 pagi.Hanya Mat Trolak berjaya menjinakkan seekor jelawat di sini menjadikan jumlah tangkapannya 3 ekor pada hari itu.Aksi dan aktiviti di Tronoh Mines tidak dapat dirakamkan kerana faktor cuaca.
lain kali kita plan trip lagi ke lubuk tronoh tu..geram sungguh dengan kelibat patin kat lubuk tu :P
BalasPadamok tngok seminggu dua lagi....
BalasPadamwaa.nampak sedap aja ikan2 patin sungai itu.pernahkah bang jelajah kawasan batu gajah dan kawasan gopeng atau lebih kenali
BalasPadamkota baru banyak bijih kolam dikawasan itu?
Ya kat situ memang banyak patin bersaiz mega tapi x pernah nak makan pancing. Hanya orang tertentu aje yang dapat....umpan sama, lokasi sama tp x mau makan pancing kita orang....
BalasPadammenarik lah kat sini...
BalasPadam