Khamis, 5 Julai 2012

Azri Sahabat Joran Masih Aktif di Lokasi

Rindu bukan kepalang ingin beraksi di lokasi namun disebabkan tugas yang semakin mendesak, membuatkan keinginan terpaksa dipendam.Sehingga awal bulan September saya kira barulah hasrat dapat ditunaikan.Biarpun tidak dapat beraksi bersama rakan-rakan, perkembangan aktiviti mereka tetap diikuti.

Juragan Nizam masih aktif bersama-sama Cepoi dan sahabat-sahabat lain meneroka segenap lokasi baru dan lama.Terkini khabarnya Ustaz Sabri Kelantan,Cikgu Mail SMK Besout dan sahabat-sahabat yang lain menyusuri tasik Banding untuk menjejak Sang Toman.

Begitu juga rakan-rakan yang lain, sahabat yang lama tidak berrsama-sama beraksi seperti Cikgu Mahadi, Cikgu Azman Jaafar dan Pak Anjang khabarnya sering juga ke sungai Ulu Basir @ Sungai Bernam untuk menjejak Sang sepit Biru.

Halil Puaka Joran pula bersama-sama Din Che, Lan Bukit Merah dan Mat Siam pula kerap menjinakkan Sang Toman di Tasik Bukit Merah.

Kudin Puakajoran pula seperti saya, masih menyimpan hasrat untuk terus beraksi.Tugas mendampingi orang politik sepertinya saya kira terlalu sukar untuk terus beraksi di lokasi joran,lebih-lebih lagi ketika ura-ura pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat.

Abu Afaf dan sahabat-sahabat sekitar Ulu Langat juga saya kira sudah lama tidak beraksi ataupun sudah puas "mengganas" di sekitar Nenasi dan perairan Terengganu.
Paparan berikut adalah kiriman saudara Azri salah seorang kaki pancing, sahabat yang kami temui ketika menjoran di Keleys Castle dulu.Beliau mengirimkan beberapa gambar hasil aktivitinya bersama-sama rakan di sekitar Kampung Tualang.







Kemaafan dipohon kepada saudara Azri kerana tidak dapat menyatakan dengan lengkap lokasi dan maklumat hasil aktiviti beliau dan sahabat-sahabat.Maklumat telah terpadam sewaktu disampaikan oleh pengumpul sumber Pak Cu @ Cepoi beberapa minggu lalu.Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan pengunjung kerana masih sudi berinteraksi dan mengikuti perkembangan Puakajoran blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan