KUALA LUMPUR:Dec 29, 2013 -
Angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga (paling bahaya) di
kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dijangka
berterusan sehingga Selasa depan.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, angin kencang timur laut
dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam itu boleh menyebabkan ombak
mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter
Selain itu, kawasan pantai di negeri berkenaan turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.
Kedua-dua keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan
perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak serta
perkhidmatan feri.
Kenyataan itu menyebut aktiviti ribut petir juga berlaku di kawasan
perairan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) yang dijangka berterusan
sehingga lewat malam ini. - Bernama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan