Musim panas dan taburan hujan yang agak kurang menjadikan lokasi pancing di sekitar sungai Perak bagaikan "syurga" bagi kaki pancing seperti RPj Man Wan.
Walaupun kalangan rakan-rakan sibuk menjejaki lubuk sekitar sungai Bernam dan kawasan persekitarannya RPj Man Wan cuba berhijrah dan mencari magsa lain.
Hasinya, tangkapan yang agak memuaskan.
Rabu, 24 September 2014
Isnin, 22 September 2014
Rekod Baharu: Kelabau 4.8 Kg Milik RPj Hairi Karnain
Sebelum cuti persekolahan keadaan air sungai dalam keadaan baik.Masih terngiang-ngiang di telinga ajakan rakan-rakan untuk kembali beraksi.
Fikiran agak berceleru lantaran memikirkan kertas UPSR murid-murid tahun 6 yang terpaksa diulang kerana kebocoran seperti yang diumumkan Kementerian Pelajaran Malaysia. Emosi anak didik perlu dijaga dan didampingi agar mereka tidak kecewa.Disusuli pula faktor kesihatan keluarga.
Berita aktiviti rakan-rakan tidak dikesampingkan sama sekali.Berikut saya paparkan antara hasil pancingan rakan-rakan yang mencipta sejarah dan rekod baharu di lokasi dan mungkin juga di seluruh gugusan FELDA Besout jika tidak sebelumnya, mungkin pada tahun 2014 ini.
Menurut sumber (RPj Cik Li) tangkapan (kelabau) ini di perolehi sekitar tiga hari sebelum cuti sekolah bermula.Di daratkan oleh penjoran tegar RPj Hairi Karnain di lokasi biasa "Corner S" sungai Ladang Ulu Basir. Pertarungan yang memakan masa hampir 40 minit setelah dua perambut berumpan sawit putus sebelum ini.
Apapun, tahniah diucapkan kepada RPj Hairi kerana memadamkan rekod pendaratan kelabau Ulu Basir dalam kalangan rakan-rakan.
Tangkapan lain pada hari yang sama.
Juragan Nizam, Ali Burger bagaimana? Ada Bran?
Khamis, 18 September 2014
Takziah Kepada Keluarga RPJ Ustaz Amirul
Hilang sudah dari pandangan
Al fatihah... Rakan-rakan mengucapkan salam takziah kepada Ustaz Amirul, Ustazah Shima dan seluruh ahli keluarga atas kembalinya bonda tersayang sebentar tadi akibat penyakit darah tinggi.
Allahyarham dimasukkan ke hospital Ipoh sejak tiga hari yang lalu kerana tidak sedarkan diri akibat tekanan darah yang keterlaluan.
Allahyarham juga merupakan isteri kepada Arwah Ustaz Arbain, salah seorang penggerak Maahad Abasiah, Sungkai
Difahamkan Ustaz Amirul baru pulang dari Sarawak dan sempat bersama-sama Allahyarham ibunya hingga ke saat akhir memandangkan pada waktu ini sekolah sedang bercuti.
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman mereka di Felda Gunung Besout 2 dan akan di semadikan lewat petang ini. Al Fatihah.
Catatan terdahulu
SARAWAK - Tempat Mengasah Bakat Baru RPj Ustaz Amirul Sebagai Penjoran Tegar
RPJ Ustaz Amirul.Pendatang baru dalam kalangan Rakan Puakajoran.Orangnya
pendiam. Salah seorang anak didik SK Besout 3 yang kini bergelar
pendidik. Selepas tamat sesi latihan mengajar pada pertengahan tahun
2013, di tempatkan di salah sebuah sekolah rendah di negeri serawak.
Sepanjang bermastautin di tempat kelahirannya, tidak pernah langsung
menyentuh batang pancing, hobinya lebih menjurus kepada permainan bola
sepak dan sukan. Setelah beberapa minggu berhijrah, kebetulan tempat
tinggalnya yang baharu berdekatan dengan sungai,laut dan perkampungan,
kehidupannya bertukar.Hobinya juga bertukar.Kesempatan bercuti dan
pulang bercuti pada penghujung tahun nada ceritanya berubah sama sekali.
Ikan dan joran serta hobi lasak ke hutan dan sawah mendenak ayam dan
burung.
Jumaat, 5 September 2014
Along Ronie, Semoga Cepat Sembuh!
Sudah mencecah usia 14 tahun ketika ini.Sudah remaja.Khabarnya disahkan terkena serangan apendiks dan telah menjalani rawatan/pembedahan di Hospital Taiping pagi tadi.Tidak sempat untuk berziarah. Semoga Along tabah dan cepat sembuh.
* Along adalah anak sulung Allahyarham Ronie.