18.03.2010 Genap setahun pemergianmu mengadap Ilahi. Tiada lagi balingan gewang untuk disambut oleh haruan yang bersembunyi di lubuk sekitar Ladang Gedung. Tiada lagi balingan gewang untuk disambut oleh toman sungai Kurau. Tiada lagi alunan serunai buluh melagukan suara "wak-wak" dimusim padi.Tiada lagi sapaan dan pelawaan menjoran sekitar parit dan teluk di sekitar kampung.Tiada lagi kelibatmu mengusung pukat dan jaring untuk menangkap sepat dan terbul ketika menunggu kepulanganku ke kampung kelahiran kita. Hari ini genap setahun pemergianmu. Aku diamuk resah tidak berkesudahan...
Memori ini kupahatkan sebagai kenangan kepada rakan-rakan sepermainan arwah, rakan-rakan sama belajar semenjak bersekolah di SK Kampung Tua, Maahad Al Ehya Assyarif, Gunung Semanggol dan rakan-rakan setugas yang pernah mengalami detik suka duka bersama arwah di sekitar Sekincan dan sungai Besar, selangor. Ketahuilah kalian bahawa arwah telah setahun pergi meninggalkan kita.
Gambar kenangan semasa bertugas.
Ketika kecil kenangan bersama-sama keluarga-duduk di kiri.
Detik bahagia ketika diijab kabulkan.
Meraikan ulang tahun perkahwinan.
Saat bahagia bersama keluarga meraikan AidilFitri.
Memeluk arwah abah tersayang.
Dakapan mesra ibu tercinta.
Sempat bersama menumbangkan kerbau untuk kenduri kahwin sepupu(petang kejadian).
Seudara mara berkumpul untuk majlis tahlil kenduri kahwin sepupu.
Arwah (berbaju putih) di rumah sepupu selepas solat mahgrib.
Menikmati hidangan di majlis tahlil.
Menikmati hidangan setelah majlis tahlil.
Di luar rumah, kelihatan ahli keluarga bertungkus lumus memasak sebagai persiapan majlis kenduri esoknya.
Di dalam rumah kami bermain kompang, permainan lama yang telah kami tinggalkan. Bertemu semula dengan sanak saudara dan rakan-rakan mengingatkan semula kami pada kenangan lama dan permainan kami semasa remaja dulu. Kelihatan Ronie (berbaju biru,berkepala botak) selaku peningkah dan bermain "Gendang Ibu".
Wajah-wajah ceria sanak saudara yang bermain kompang, permainan yang kami warisi daripada orang tua-tua. Telah lama kami tinggalkan. Kesempatan bertemu semula meraikan saudara kami yang akan mengadakan majlis perkahwinan esok, kami cuba menghidupkan semula permainan itu.
h
Saudara Sani (berbaju gelap) yang akan berkahwin tidak ketinggalan turut bermain.
Kelihatan Ronie terbaring di belakang kami, berhampiran tiang. Sangkaan kami dia keletihan.
Kami terus bermain tanpa menghiraukannya.
Sebentar kemudian, salah seorang adik saudara kami memaklumkan agar kami melihat keadaan Ronie kerana pada pengamatannya, situasi Ronie agak ganjil. Saya segera mendapatkannya dan saya dapati Ronie tidak sedarkan diri, lena yang amat sangat dan berdengkur. Kami bergegas membawa Ronie ke hospital setelah usaha menyedarkannya gagal.
Setengah jam setelalah tiba di hospital, doktor memaklumkan keadaan Ronie kritikal dan agak tipis untuk diselamatkan. Walau bagaimanapun usaha dilakukan agar Ronie dapat pulih. Atas nasihat ADUN Selinsing, YB Tn. Hj. Hussin b Hj. Din kami mengadakan bacaan yasin dan solat hajat di ketuai oleh beliau serta rakan-rakan terdekat.
Takdir menentukan segalanya, setelah dua hari Ronie di masukkan ke hospital, pada tanggal 18.3.2009 kira-kira jam 9.30 pagi, beliau menghembuskan nafas terakhir. Berterusanlah suasana duka kami yang baru sahaja kehilangan ayah kira-kira 5 bulan sebelum itu.
Jenazah ketika baru tiba dari Hospital Taiping.
Sejurus selepas dikafankan.
Disemadikan bersebelahan pusara abah.
Sebahagian ucapan takziah daripada rakan-rakan yang masih saya simpan.
JURAGAN NIZAM - Takziah atas kematian adik tersayang, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah....
RAUF - Aku dan keluarga ucapkan Takziah kepada hang sekeluarga. Moga-moga Allah merahmati ke atas rohnya. AMIN...
JAMRI - Semoga keluarga dapat tenang dan bersabar menerima dugaan dari-NYA...
PN. MAZLINA - Takziah dari kami sekeluarga. Al Fatihah....
HANIFAH MISWAN - Salam takziah atas pemergian adik tersayang ke Rahmatullah. Al Fatihah..moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang diredhainya dan kita yang masih bernyawa tetap tabah dan bersabar. Pada setiap detik yang berlalu memberi maksud semakin sedikit baki umur yang kita tinggalkan. Firman Allah bermaksud "Allah menukar ganti malam dan siang, sesungguhnya pada demikaian itu satu iktibar yang besar bagi mereka yang mempunyai mata hati". - An Nur ayat 44.
Damailah kau di sana, disi Tuhan yang Esa..... Al Fatihah...
Terima kasih kepada semua........
Takziah dan AL Fatihah daripada team Barira. Semoga Allah menempatkan beliau disyurga.. Amin
BalasPadamTerima kasih atas bingkisan takziah dan doa sahabat-sahabat. Semoga Allah memberkali kalian juga. Amin....
BalasPadam