Dua hari tidak posting entri baru. Sibuk sedikit dengan berbagai urusan. Seperti yang saya maklumkan di dalam entri terdahulu, pada kali ini saya paparkan gambar-gambar rakan baru, saudara Azri yang kami temui ketika beraktiviti di Kallie's Castle tempohari. Saudara Azri, seorang pemastautin bandaraya Ipoh sempat berkongsi pengalaman beliau ketika memancing. Beliau juga memberikan beberapa post istimewa untuk dikongsikan dengan rakan-rakan dan pengunjung Puakajoran blogspot. Turut dipaparkan gambar aksi saudara kandungnya Zul. Terimakasih kerana sudi memberikan bahan untuk dikongsi.
ikan yu
udang
kerapu
Daun Baru
Saudara Azri dan adiknya ketika berbual-bual dengan rakan-rakan Puakajoran.
Terima kasih kepada Saudara Azri. Mohon maaf tidak sempat mencatat lokasi gambar-gambar tersebut dirakamkan. Saudara Azri bolehlah e-mailkan maklumat lengkap kepada saya jika ingin berkongsi lokasi. Kami juga mengalu-alukan jika ada gambar-gambar terbaru - Tokan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan