Selasa, 17 Ogos 2010
Aksi Menjelang Ramadan
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
-
▼
2010
(337)
-
▼
Ogos
(35)
- Ustaz Zulkarnain Hj. Ahmad Kembali ke Rahmatullah
- SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-53
- Umar b. Man (Pak Ngah Umar) Dalam kenangan.
- [Email Menarik] Ikan Menyusu
- Aksi Rakanpuaka Silverstone di Tali Air Pancur
- Aksi Rakan Samudra
- Khatib Zakaria Hj. Ahmad @ Ustaz Zakaria Haji Mat ...
- Haruan Belum Pupus
- Memperingati Peristiwa Nuzul Quran
- Trip Santai di Perairan Bintulu Oleh Rakanpuaka Pe...
- Udang Galah Terusan Pancur Vs Siakap Putih
- Siapalah Punya Angkara Ini
- Kelabau Ulu Basir
- Ucapan Takziah Kepada Cikgu Badariah bt Abi Mansur
- Aktiviti Menjoran dan Virus Kencing Tikus
- Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Encik Termizi ...
- Aksi Menjelang Ramadan
- Misi Sebarau Yang Kecundang
- Lampam Jawa, Kelabau dan jelawat Ulu Basir
- Trip Pulau Sembilan
- دعاء بعد صلاة الوتر
- Doa Sembahyang Tarawih
- FADILAT TARAWIH
- Doa Bulan Ramadan
- Misi Kelabau Bertukar Menjadi Misi Sepit Biru
- FADILAT RAMADHAN
- Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1431 Hijrah
- Hasil Tangan Rakan Puakajoran - Tok Kie
- Tazkirah Ramadan
- Seruan Jumaat
- Rindunya Pada Kampung Halaman
- Hari Keusahawanan SK Sri Besout 2010
- Pesta Puyu Part 11 - Paparan Tertunda
- Rakan Amal Pamer Kemahiran Memasak
- Lubuk Puyu Diracun
-
▼
Ogos
(35)
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
dah lama tak makan ikan sungai.huhu~
BalasPadamBRO pakai umpan apa? toman pun naik... saya dh lama buru baung besar2 kat area sg kerian, parit buntar.. tp x dapat pun.. ada x otai2 mmber yg area bukit merah, semanggol yg leh kasi tips?
BalasPadamTo sizuka[izzati]samajugak dngan kami, kaki pancingpun jarang2 dapat makan ikan sungai...bukan selalu ikan mau makan umpan...
BalasPadamKepada Insan Jiwang..trima ksih sudi berkunjung..biasa rakan2 sblh sini gunakan ikan keli sebagai umpan, kadang2 gunakan daging dan juga katak utk memikat toman. Rapala juga digunakan.Juragan Nizam dan Cepoi pula gemar gunakan umpan "Seluang Dahan". Di sebelah sungai Gedong atau Bukit Merah, rakan2 gemar menggunakan umpan belut yang dipotong2. Rakan2 sebelah sana yang pernah mendaratkan toman sekitar sg Gedong dan bukit merah antaranya Din CG dan Salleh Bakar. Untuk hubungi dia org boleh hubungi pengumpul sumber utara sdr. kudin. Bukit merah pula boleh tanya saudara Faizal dan Jan Bit.No Tfon diorang ada dalam senarai rakanpuaka, dalam blog ni...tuan cari dan bongkar2 lah ya...
BalasPadamhehe.. cmtu pulak ke? terima kasih jawab soalan.. saya kalo pancing area tasik bukit merah dekat rel ketapi mmg pakai umpan keli n gewang.. cuma hasil x berapa baik sgt.. penah join pancing dgn otai cina, dia pakai jantung khinzir.. mmg umphh,.. dlm masa 30 minit leh naik 5,6 ekor.. masa tu pikir nk fight ja. suh apek tuh cangkuk..kan hirisan jantung tuh kat matakail, n tgu toman makan..
BalasPadamsaudara Tokan nih, tinggal kat area mana? kalo dekat2..ingat nk bertapa ilmu.. hehe
Betul tu...rakan2 sana pun prnah guna daging khinzir kat bkt merah tu...dulu la...skrg x dah kot...kpg saya sekitar situ tapi skrg mntp d slim river. sesekali balik juga....
BalasPadam