Ahad, 2009 Disember 13

Gerakan Solo Kali Kesepuluh Membuahkan Hasil

Terasa lama benar tidak merasa sentapan yang agak kasar. Pada hari ini 13 Disember 2009 sekali lagi melakukan gerakan solo yang pada mulanya tidak bertujuan. Setelah menghantar isteri ke taklimat @ mesyuarat penyemak kertas SPM saya terus menghala ke arah Tapah. Pada awalnya saya ingin ke sungai Cenderiang namun melihatkan air yang agak cetek, saya terus menghala ke Mambang Diawan, merayap sekejap ke SMTD dan kemudiannya menghala ke Tronoh Mines. Memikirkan saya tidak begitu arif di lokasi tersebut saya tiada pilihan lalu berpatah balik ke sungai Cenderiang. Saya sampai lebih kurang pukul 9.45 pagi. Kelihatan beberapa pemancing tegar telah sedia dan setia menunggu tebing sungai. Setelah menyapa mereka saya terus ke bahagian hilir sungai. Jalannya terlalu becak berkemungkinan sebelum ini berlaku banjir dan laluan dilanyak oleh kaki pancing juga Sang Kerbau. Pacat pula mula merayap untuk mencuri darah. Inilah tuas yang saya pilih. Setelah mengenakan umpan sawit yang telah dipotong dan melakukan lontaran, saya mula gelisah. Takut-takut kecundang lagi.Maklumlah sudah 9 kali gagal. Tiba-tiba saya terdengar koyakan air yang bertubi-tubi. Dari celahan teberau saya nampak sang jelawat mula menyambar-nyambar sawit dan sampah hanyut. Terpaksa sembunyi kerana air agak cetek dan jernih.Jelawat akan menyelinap ke bawah teberau jika ternampak kelibat manusia. Sedang saya leka menghendap, tiba-tiba joran Tycoon dan pasangan Shimano altegra menerima sentapan kuat, merasak-asak bunyi batang teberau.Belumpun sempat saya menerpa mendapatkan joran tali telahpun kendur. Punah perambut Iciban 25 lbs yang saya gunakan dengan sekali sentapan.Pengunci mesin dah saya longgarkan. Entah apa silap saya pun tidak pasti. Hampa dan kecewa.Setelah itu beberapa kali pancing disentap dengan agak kasar namun tidak mengena. Sang jelawat seolah-olah bijak menghidu bahaya. Kesempatan itu saya ber"SMS' dengan Tok Pawang.....mintak restu!Bukan minta restu tetapi bergurau dan mengenang saat-saat suka duka meredah hutan belantara(berburu) dan bermalam di merata sungai dan lombong (menjoran). Khabarnya Tok Pawang sekarang sedang berpantang sama seperti Fendi@Frozen. Tahniah diucapkan.Dah nak jadi bapa orang.... Disamping memberi tumpuan pada isteri dan anak yang bakal lahir beliau juga sibuk dengan kerja, justeru tidak dapatlah menjoran. Takut "kenan" juga tu.... Kasihan mereka....

Sedang asyik melayan sms dengan Tok Pawang ,tiba-tiba satu sentapan yang agak kuat pada joran Lemax dan pasangannya Toman BDR 60. Lariannya agak ganas. Sangkaan saya mesti sekilo lebih. Setelah didaratkan inilah hasilnya....sekati la kata orang dulu.... Berkat doa Tok Pawang ni....



Buah "mangkau" telah berjaya dialihkan. Baru beberapa detik Tok Pawang mohon mengundur diri kerana sudah masuk waktu untuk bekerja, joran Lemax dan pasangannya Banax 5000 pula menerima lenturan dan sentapan. Inilah hasilnya, besar sedikit dari yang mula-mula.



Tidak berapa lama selepas itu, tuas menjadi sepi akibat Sang Memerang melakukan operasi rondaan. Nasib baik dah dapat, kalau tidak, hatipun susah....
Inilah hasil untuk hari ini....rezeki anak-anak.
Lokasi ini mungkin dihuni oleh haruan. Terdapat banyak parit ladang, lombong dan paya di sekitar lokasi tuas jelawat. Pada waktu-waktu tertentu, ada juga pemburu haruan menjoran di sekitar sini.
Rasa macam nak turun lagi esok....

Sabtu, 2009 Disember 12

Tuas Kelabau Kampung Alah Batu

Sabtu, 12.12.09 bergerak secara solo ke Tuas Kelabau di Kampung Alah Batu dalam Daerah Ulu Selangor yang bersempadan dengan Slim River. Lokasi ini menjadi pilihan memandangkan musim kemarau yang menyebabkan air agak jernih dan sedikit tohor. Kelabau biasanya berkumpulan bermain di kawasan yang agak tenang di bawah bangkar atau batang kayu yang terletak di lokasi yang agak dalam. Buah sawit yang masak merah menjadi kesukaan kelabau. Ikan ini akan bertambah galak meragut umpan jika cuaca cerah dan panas terik.Ramai juga kaki pancing yang teruja untuk mengail kelabau pada hari ini.

Bahagian atas sungai ini adalah penempatan Orang Asli Cangkat Bintang.
Air sungai yang jernih

Cuaca yang panas terik.Jam menunjukkan hampir pukul 5.00 petang. Usahkan kelabau dapat dijinakkan, getusan pada umpan pun tiada. Rata-rata pemancing yang saya temui semuanya dengan jawapan yang sama...."tak mau makan".
Sebagai buah tangan, hanya gambar pokok rotan dan buahnya dapat saya sajikan.

Pokok paku midin...
Pokok gegeli...
Sdap juga kalau direbus...
Akhirnya hanya baung kecil ini yang dapat dijinakkan menggunakan umpan belalang......


Inilah rupa ikan kelabau yang mendiami tuas ini. Pernah rakan-rakan pemancing mendaratkan kelabau seberat lebih 2 kg di lokasi ini. (Gambar lama)Gagal lagi pada misi yang ke 9. Selepas ini? Entahlah..... berehat sebentar agaknya.....

Sepagi di Sungai Slim

Rabu, 09.12.09 pagi-pagi lagi dah menjengok ke "pot" biasa, sungai Slim. Hajat di hati nak cuba-cuba menjinakkan terbul.Di musim panas begini, air sungai tentunya jernih. Sehingga pukul 2.00 petang, usahkan terbul, seluang pun tidak mahu menjamah umpan.Hanya seekor ikan rong kecil yang sudi meragut sawit umpan. Ikan tersebut terpaksa dilepaskan semula kerana saya terlupa membawa alat pengepam udara. Jika tidak, bertambah lagi koleksi ikan akuarium saya.






Pucuk paku, kalau dibuat masak lemak cili api sedap juga ni...





Hanya ikankecil ini yang berjaya dijinakkan


Terpaksa dilepaskan semula kerana terlupa membawa alat pengepam udara.

Isnin, 2009 Disember 07

Lubuk Haruan Pak Ya Burung

Pak Ya Burung rakan Puakajoran Felda Besout. Gambar ini dirakamkan di lubuk kegemaran beliau, Parit Ladang Seong Seng Group. Haruan yang mendiami lokasi ini bersaiz mega juga. Aksi beliau mendaratkan haruan tidak dapat dipaparkan kerana gangguan teknikal.Harap maaf.






Geng Kampung Menderang, Sungkai Menawan Kelah Merah di Tasik Kenyir

Balik dari menjoran di Pot Sungai Tunjung sebentar tadi (Kantoi lagi) saya berjumpa Epoi @ Pak Su. Beliau menyerahkan kan gambar-gambar sekitar pemburuan kelah di Tasik Kenyir Terengganu oleh Geng Puakajoran Kampung Menderang, Sungkai. Expidisi mereka sebelum Aidil Adha yang lalu. Saya begitu teruja. Bilakah masanya giliran saya pula menewaskan kelah merah....






Kelah Merah Tasik Kenyir
video

Made in Kenyir, Terengganu

Wajah terbaru anak sedara baru saya. Muhammad Afif Izuddin b. Adbul Warhead. Bakal kepala perang untuk menawan kelah merah di Tasik Kenyir suatu hari nanti. Wellcome to Puakajoran.blogspot.com.

Jumaat, 2009 Disember 04

Menjaring Puyu

Jumaat 4 Desember,hari kedua menjaring di tali air. Jaring di rentang di awal pagi dan dibiarkan. Terus ke kedai kopi berjumpa rakan-rakan.
Sejam kemudian, jaring di angkat.

Sepat yang terperangkap di jaring
Halil (adik) sedang menanggalkan ikan dari jaring
Ikan-ikan yang berjaya diperangkap
Puyu,selat,sepat dan terbul

6 ekor puyu bersaiz mega. Menjoran "best" ni.....

Setelah ikan ditanggalkan, jaring dibersihkan dan direntang semula di tempat yang berlainan, selepas solat Jumaat inilah hasilnya. Rezeki penduduk kampung adakalanya mudah dan murah. Di tempat tinggal saya (Slim River) puyu dan sepat dijual dengan harga RM 12 sekilogram. Rasanya pula tidaklah sesedap ikan yang hidup bebas di tali air