Hari ini saya membawa empat batang pancing, termasuk yang baru diperolehi daripada sahabat yang hampir bersara daripada memancing - Saudara Anip Batu.
Mat Trolak,tidak sabar menuju Pot Jelawat dengan langkah kanan dan doa penjinak jelawat.
Lokasi istimewa Mat Trolak, di bawah pokok ara.
Seekor biawak sedang santai di dahan ara.
Balingan umpan ke arah hujung pucuk sawit yang tumbang merentangi sungai.
Berumpankan sawit masak yang diracik.
Sawit racik yang dikarang hampir sejengkal panjang.
Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari pancing direntap keras. Sangkaan saya Sang Jelawat, rupa-rupanya seekor kaloi.
Tiada tentangan hebat sewaktu menarik ke tepi, saya menjangkakan Sang Jelawat. Ketika merapati tebing tiba -tiba mangsa mendongakkan kepala, dan terlihatlah kelibat Sang Kaloi yang agak besar. Ketika itu bermulalah aksi tarik menarik hampir 10 minit. Mujurlah saya sempat melonggarkan kekunci kekili. Jika tidak, saya akan berputih mata seperti yang terjadi di Sungai Felcra Tiang Bertarah beberapa ketika dulu. Mungkin kerana mata pancing terlekat pada lelangit dan agak kuat, Sang Kaloi akhirnya menyerah kalah. Saya dibantu oleh rakan baru , Saudara Hisham daripada PKG Tapah Road untuk, menaikkan kaloi tersebut ke darat.
Shimano Altegra dan nagoro Tycoon membawa tuah saya hari ini.Mat Trolak sempat beraksi
Putri bongsu saya turut bergambar.
Beratnya hanyalah 3 kg.
Selamat Hari Bapa dan sentapan kaloi 3 kg hadiah hari jadi saya.
tegok ikan kaloi ni teringat time dulu2 masa kecik2 dok bagi makan ikan kaloi yg dibela dalam telaga belakang rumah.... last2 mati ntah apasal ntah.... sakit tua kot...nostalgik woo...
BalasPadambetui tu tok batin...arwah ayah saya dulu pnah nangis sbab kaloi yang d plihara selama beberapa tahun mati dibaham memerang...5 ekor seberat 3-5 kg stiap sekor. saya masih tknang pristiwa itu...
BalasPadam