


Sampai di "pot" terus membuat lontaran umpan. Tak buang masa langsung.Ketika itu juga muncul kocakan air oleh sang Jelawat yang saya kira agak besar.
Dari kesan lumpur dan pohon teberau yang melesak saya kira air yang membanjiri tebing baru sahaja surut. Mungkin semalam atau sehari sebelumnya.
Rezeki awal lebih kurang 10 minit umpan dilabuhkan. Seekor jelawat beraiz "S" .
Seperti biasa Shimano Ultegra menjadi pilihan Sang Jelawat.
Sambil menunggu sentapan seterusnya, sempat juga membuat perambut rambai menggunakan mata helang bersaiz 13. Sudah lama tidak menggunakan perambut ini memandangkan risiko perambut tersangkut disebabkan tebing sungai dipenuhi teberau yang merimbun.
Gunakan 4 bilah mata pancing sahaja dengan tali perambut 25lbs yang dipintal.
Sawit busuk(diperam) yang agak tebal isi menjadi umpan.
Sawit dicangkuk dengan kail dan dikeluarkan sedikit mata pancing di sekelilingnya.
Sedia untuk membuat lontaran
Belumpun beberapa detik umpan dilontar, satu sentapan agak kuat pada pancing. Seperti dijangka, perambut tersangkut di pohon terberau dan terpaksa berputih mata. Tiada pilihan kembali ke teknik mengumpan menggunakan sawit racik atau potong.


Sentapan kedua juga seekor jelawat bersaiz "S"



Akhirnya terpaksa berpuas hati dengan dua ekor jelawat dan dua ekor lampam bersaiz "S"


Jelawat yang termakan umpan Epoi @ Pak Su. Boleh tahan jugak. Walaupun seekor sahaja yang tumpas namun saiznya "M".
Setelah disekalikan dapatlah 3 ekor jelawat dan 2 lampam.

Cukuplah untuk kali ini. Pulang agak awal kerana jelawat sudah tidak mahu menjamah umpan lagi

Asam pedas jelawat kita.....
Minggu depan, menjoran rohu pula di Malim Nawar....


jelawat ni kalau kat pahang mau cecah RM120 sekilo ni bang. payah dah nak cari
BalasPadamwah mahal tu
BalasPadam