01/09/2012 7:10pm
IPOH — Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera akibat dirempuh seladang di Hulu Air Pasir, Banding dekat Gerik semalam.
Musa Ismail, 56, maut akibat cedera parah di perut manakala Isa Abdullah, 24, patah kaki dan tangan kiri dan dirawat sebagai pesakit luar.
Kedua-dua mereka bersama seorang lagi rakan mereka, Abdul Mohd. Sharifudin A. Manas, 35, diserang haiwan itu ketika dalam perjalanan untuk memasuki Hutan Simpan Royal Belum secara haram antara pukul 3 dan 6 petang.
Abdul Mohd. Sharifudin tidak cedera, kata Ketua Polis Daerah Gerik, Supt. Abdul Manab Baharum ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, kesemua mereka cuba memasuki hutan simpan itu melalui lorong tikus di Km 68.4 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) untuk memancing dan memukat ikan.— BERNAMA.
Tokan: Ada lagi Sang Seladang di bumi Perak.Syukur masih belum pupus.
Seladang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seladang (
Bos gaurus, dahulu
Bibos gauris) ialah sejenis
haiwan bovin yang besar dan berbulu warna gelap di
Asia Selatan dan
Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah di
India. Seladang ialah
spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar daripada
Kerbau Tanjung,
Kerbau Air Liar Asia, dan
bison. Dalam konteks
pelancongan safari, ia dikenali sebagai
bison India, akan tetapi istilah ini tidak tepat daripada segi teknikal. Bentuk
bela jinak Seladang dikenali sebagai
gayal atau
mithun.
Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada
dahi di antara
tanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat
gelambir yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara.
Seladang
jantan dewasa berwarna antara
perang gelap sehingga hampir hitam bagi Seladang yang amat tua. Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata sehingga
tengkuk berwarna
kelabu atau kekadangnya putih kotor.
Muncung Seladang jantan berwarna pucat, dengan bahagian bawah kakinya berwarna putih tulen. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada bahagian belakangnya.
[1] Sebaliknya, warna Seladang
betina dan anak lebih pucat dan kekadang mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang hidup di daerah kering dan terbuka. Tanduk Seladang berwarna hijau pucat atau kuning hampir pada sepanjangnya tetapi hujung tanduk berwarna hitam.
[1]
Ciri-ciri
Seladang tergolong dalam golongan
benda hidup, alam :
haiwan, filum :
kordata, sub-filum :
bertulang belakang (vertebrata), kelas :
mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu, dan menjaga anak) Aturan :
Artiodactyla, Keluarga :
Bovidae.
Seladang tergolong dalam keluarga yang sama dengan
Lembu,
Banteng dan
Kambing Gurun. Seladang jantan yang matang boleh membesar dan mencapai ketinggian 2
meter (6 kaki) dan berat sehingga 900 kilogram. Jangka masa bunting/ mengandung adalah 9 bulan dan biasanya seekor anak dilahirkan. Anaknya mencapai tempoh matang dalam masa 3 tahun dan ia boleh hidup selama 25 tahun.
Seladang hidup di dalam kumpulan 4-8 ekor yang boleh mencapai sehingga 30 ekor. Kumpulan ini diketuai oleh seladang jantan yang berkuasa. Seladang lebih aktif ketika subuh dan senja serta berehat daripada pancaran terik
matahari di bawah
pokok sepanjang hari. Seladang adalah haiwan
maun dan makanan utama Seladang adalah
tumbuhan, terutamanya
rumput-rumpai. Seladang mudah ditemui di kawasan di mana
rumput,
pokok herba, pokok renek dan daun-daun mudah diperolehi.
Selembu di Zoo Negara Malaysia.
Pada masa ini terdapat kacukan baka seladang dan
lembu yang dikacuk di Zoo Negara Malaysia, yang dikenali sebagai
Selembu.
Habitat
Seladang biasanya didapati di
Hutan Tropika dan
Tanah Berhutan.
Ancaman
Seladang perlu berhati-hati dengan haiwan pemangsa seperti
harimau, dan
harimau bintang dan "MANUSIA" pada setiap masa.