Misi dilaksanakan pada 17 Mac 2011. Juragan Nizam Balun keseorangan,bertolak dari Sungkai pada petang 16 Mac. Transit di Parit Buntar sebelum meneruskan perjalanan ke Yan, Kedah. Di sana Cikgu Mie, Cikgu Zul Azri telah sedia menanti bersama tekong dan seorang awak-awak. Saya hanya mampu menahan perasaan lantaran hajat tidak kesampaian.
10:25:51 am 17 Mac , terima sms daripada Juragan Nizam Balun: Hari ini rezeki murah. Pesta tenggiri. Memang tak ada rezeki engkau.... saya hanya mampu menahan gelora di hati.
05:18:13 pm 17 Mac, terima sms lagi. Misi tamat. 32 ekor tenggiri didaratkan. Banyak putus.
Keesokan paginya(Jumaat) kami sempat berbual di kedai kopi Aloha. Memang menarik, kebetulan tenggiri sedang bermain di Tuas. Jarang-jarang rakan-rakan dapat merasai situasi tersebut. Keseluruhan ikan di daratkan pada hari agak banyak, 35 ekor tenggiri tidak termasuk alu-alu, kerapu dan belitung. Jumlah keseluruhan hampir 50 ekor. Tidak termasuk juga hampir 10 ekor tenggiri bersaiz besar yang dikatam oleh gerombolan "gergasi" @ alu-alu.
Maklumat yang saya terima sebentar tadi, Cikgu Mie dan rakan-rakan mendaratkan 53 ekor tenggiri pada hari berikutnya. Pada hari ini pula 85 ekor tenggiri didaratkan.
Untuk kami,bot telah di "booking" untuk misi ulangan 19 April nanti.