Trip Tuas Yan Kohort Pertama Sesi 2012 yang dirancang pada 21.01.2012 lalu tidak dapat dilaksanakan kerana faktor cuaca.Terima makluman daripada penyelaras pada awal pagi tersebut beberapa jam sebelum waktu berlepas.Misi ditangguh ke tarikh 05/02/2012.Sewaktu pulang daripada beraktiviti terserempak dengan dramatis bertudung atau pelakon baru yang sedang meningkat naik mirip Dato' Siti Nurhaliza sedang "shooting" bersama-sama crew RTM di lokasi Pengkalan Nelayan Kuala Dulang Kecil.Walaupun hasil trip tidak begitu lumayan, hati terubat dengan kahadiran Fida @ Rafidah Ibrahim yang tidak kekok memegang ikan untuk beraksi dengan kami.Maklumat yang diterima daripada crew RTM rupa-rupanya Fida juga "kaki menjoran".Selepas ini,jika ingin menjoran di Tuas Yan, Fida dan crew RTM bolehlah berhubung dengan cikgu Mie untuk mengaturkan trip.
Fida sedang menghampiri kami.
Fida dan Kudin Puakajoran.
Cikgu Mie yang sedar akan kehadiran Fida di lokasi.
Fida tidak kekok memegang ikan sambil diperhatikan krew-krew RTM.
Tenggiri pertama Abu Afaf.
Kudin Puakajoran dengan tenggiri pertamanya.
Abu Afaf dan Kudin Puakajoran,maskot Trip 2012.
Fida dan crew RTM bergegas ke lokasi untuk "shooting"
Hasil yang berjaya didaratkan 4 ekor tenggiri yang beratnya 2.5 kg - 5.5 kg.
Beberapa ekor banang juga turut didaratkan.
Talang dan cencaru.
Sedikit sama dirasa.Mengagihkan hasil.
Terima kasih kepada Fida dan Unit Penggambaran RTM yang begitu mesra dan senang berbicara.