Disertai Sdr Fendy Frozen dan Cikgu Nizam kami mencuba nasib di lokasi sangkar ikan Nibong Tebal sekitar Jambatan ke 2 Pulau Pinang. Hasilnya agak memuaskan.
Teruji juga joran Maguro yang baru saya beli.Tekong bot kami seorang yang berpengalaman juga.
Pak Su, gelaran yang sebati di lokasi.Pelbagai jenis ikan boleh ditemui di sini dan saiznyapun agak mega.
Umpan popular yang digunakan ialah kembong potong dan udang hidup.
Habitat Sang Duri yang selalu mencuri umpan memenatkan aksi.
Keghairahan menjoran kadangkala menyebabkan kita terleka. Kesannya peralatan kita mungkin "terjun" ke dalam sungai akibat disentap ikan. Begitulah halnya dengan pancing kesayangan saya Magoguro Tycoon yang saya gunakan untuk menjinakkan Sang Kelah. Setelah berjasa menjinakkan Sang Kelah sejak sekian lama akhirnya Maguro Tycoon bersemadi di dasar sungai Kampung Benggali, Teronoh Mine. Tidak pasti apa jenis ikan yang menyentapnya tapi di situ biasanya Sang Jelawat dan sesekali Sang Patin. Setelah berusaha dengan Tok Pawang Hamdi dan Saudara Wan akhirnya saya terpaksa berputih mata.Gantinya "tiga ".
Salah satu joran yang baru dibeli.
Harap-harap ada "ong".
Rasa teruja kepada sentapan Sang Kelabau dan Sang Kelah menarik saya dan
rakan-rakan berkunjung ke beberapa lokasi sekitar Slim River untuk
meninjau kewujudan kedua-dua spesis ini di lokasi. Aktiviti tersebut
dilakukan sementara menanti trip ke laut seterusnya.Tidak diduga wajah
lokasi yang pernah dikunjungi dahulu sudah jauh berubah. Terdapat
aktiviti pembersihan hutan sekitar sungai untuk aktiviti pertanian.
Sungai pula sudah diolah semula dengan memperbanyakkan alur untuk aliran
air yang memusnahkan lubuk habitat asal Sang Kelah dan Sang Kelabau. Liku-liku sungai sudah diluruskan dan air menjadi tohor.
Perkampungan Orang Asli Changkat Bintang, Alah Batu, Ulu Selangor.
Saudara Ody juga membangau di kawasan habitat Sang Kelah Kampung Bantang, Slim River.
Trip 16 November 2014 melalui Pengkalan Nelayan Tanjung Dawai. Tekong
Halim.Disertai oleh Cikgu Nizam,Ustaz Wahid, Abang Din PD5, Ustaz Hafiz,
cikgu Izhar dan saya sendiri.
SEKADAR RENUNGAN
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.
Peringatan Kepada Yang Lupa
Ibadah Solah Jangan diabaikan
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.