Sabtu, 7 Januari 2012
Selamat Tahun Baru 2012
Khamis, 7 Julai 2011
Selamat Menyambut Hari Peneroka 2011
Selamat Menyembut Hari Peneroka 2011 kepada semua warga FELDA diseluruh negara.

Sebahagian peneroka telah dan sedang mengorak langkah 'Melestarikan Kesejahteraan Peneroka'
Sabtu, 18 Jun 2011
SELAMAT HARI BAPA
Sabtu, 28 Mei 2011
Jom Menjoran - Menjoran Untuk Semua
Menjoran dan meneroka alam boleh dijadikan salah satu aktiviti santai atau mengisi masa senggang. Jom menjoran....
Pulau ?
Gunung Jerai dilihat dari aras laut.
Pengkalan Nelayan Kuala Dulang.
Pondok telefon yang rosak dikumpulkan untuk dijadikan tukun.
Sabtu, 7 Mei 2011
Selamat Menyambut Hari Ibu / Happy Mother's Day
Puakajoran.blogspot.com mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada seluruh wanita bergelar ibu walau di manapun mereka berada.
Berbuat Baik Kepada Ibubapa. Surah Al Israk Ayat 23 dan 24.
Selasa, 15 Februari 2011
Selamat Ulang Tahun ke 17
Rabu, 2 Februari 2011
Gong Xi Fa Cai
Rabu, 29 Disember 2010
Selamat Datang 2011
Isnin, 6 Disember 2010
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1432

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.
Puakajoran.blogspot.com mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1432 kepada rakan-rakan blog di mana jua lokasi serta seluruh muslimin dan muslimat. Semoga tahun baru ini memberi satu peluang untuk kita berusaha dengan lebih gigih dalam segala bidang yang disyariatkan dan sentiasa beroleh rahmat. Jadikan tahun hijrah 1431 yang baru berlalu sebagai medan muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki dan meningkatkan ketaqwaan diri. Mudah-mudahan kita terdiri dari kalangan orang-orang yang mendapat kejayaan.
Wallahhuaqlam.
Doa Akhir Tahun:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Khamis, 25 November 2010
Selamat Menduduki SPM
Selasa, 16 November 2010
Salam Aidil Adha 1431 H
لا إلَهَ الا اللّه و اللّهُ أكبر
Tiada kata secantik bahasa tiada gambar seindah lukisan. 10 Zulhijjah setiap tahun seluruh umat Islam meraikan hari kebesaran yang tiada tandingnya iaitu hari raya Aidil Adha atau hari raya qurban.Pastinya kita terkenang akan peristiwa qurban yang telah dilaksanakan oleh Baginda Ibrahim dan putranya Ismail ribuan tahun yang lalu. Dikesempatan ini Puakajoran.blogspot.com ingin mengambil peluang mengucapkan salam Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat dan teristimewa kepada pengunjung blog ini yang tidak pernah melontarkan rasa jemu serta sering bertandang dan bertamu. Kemaafan dipohon sekiranya berlaku ketelanjuran bicara atau salah menduga. Jazakallahukhairan kathira kerana masih setia... Semoga amalan qurban yang dilaksana diberkati....wassalam.
Sabtu, 2 Oktober 2010
Sekitar Majlis Pengebumian Jenazah Almarhum Tn. Hj. Zulkifli b. Muhammad
Van jenazah sedia menanti di perkarangan surau tempat jenazah disembahyangkan.
Jamaah sedang berdoa memohan jenazah dilimpahi rahmat.
Jenazah sedang diusung untuk dimuatkan ke dalam van jenazah.





Antara saudara terdekat dan sahabat yang mengiringi jenazah ke perkuburan.
Di sinilah jenazah Tuan Hj. Zulkifli b. Muhammad disemadikan.
Jenazah sedang diturunkan ke liang lahad.
Waris terdekat menatap jenazah untuk kali penghabisan.
Kepada pn. Hjh Maria dan keluarga kami mengucapkan takziah. Semoga dapat bersabar. Mudah-mudahan Allahyarham Cikgu Zulkifli b. Muhammad dicucuri rahmat...Al Fatihah.Jumaat, 1 Oktober 2010
En. Zulkifli b. Muhammad Kembali ke Rahmatullah
Sebentar tadi saya dikejutkan dengan berita kembalinya En. Zulkifli b Muhammad, bekas Guru Besar SK Sri Besout pada tahun 1998 - 2005 ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya.Saya kira Allahyarham amat dikenali oleh masyarakat Felda Gunung Besout kerana sikapnya yang mudah mesra dan senang didampingi. Begitu juga dengan sahabat-sahabat pemancing sekitar sini, pastinya amat mengenali beliau. Ketika berkhidmat di Sk Sri Besout, beliau kerap mengunjungi kolam pancing sekitar Bidor untuk menghabiskan masa lapang. Juragan Nizam dan rakan-rakan lain pastinya akan terkenang lakaran suka duka bersama-sama beliau ketika itu. Apapun, Allahyarham telah selamat bertemu dengan Penciptanya. Jenazah Allahyarham akan disemadikan pukul 10.00 pagi esok (Sabtu-2 Oktober) di Sri Iskandar, Bota, tempat beliau dan keluarganya menetap sekarang.Kepada Puan Maria dan keluarga kami ucapkan takziah dan semoga dapat bersabar dengan ketentuan Ilahi. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama para solihin. Al Fatihah....Gambar bawah Pn. Maria(isteri Allahyarham), pernah berkhidmat sebagai guru bahasa Inggeris di SK Besout 4 dan SK Besout 3 sekitar tahun 1998-2005.
Isnin, 20 September 2010
Selamat Menduduki UPSR 2010
Sebahagian pelajar tahun 6 di sebuah sekolah sedang mendengar taklimat dan amanat akhir daripada guru mereka sebelum melangkah kaki ke dewan peperiksaan.
Jumaat, 10 September 2010
Khamis, 9 September 2010
سلامت ھاري راي عيد الفطري 1431
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.






