Isnin, 13 Mac 2017
Tuas Teluk Bayu Kami Datang Lagi
Isnin, 21 April 2014
Puakajoran Sertai Misi Mencari MH370
Kami bermula di Pengkalan Nelayan Tanjung Dawai.Raja Bomoh kami tinggalkan melaksanakan tugas khurafat beliau di KM 301.6 PLUS menghalau dan merambas "Jembalang" yang menyebabkan kemalangan maut kepada YB Karpal Singh.
Dengan "pesawat tempur" fiber 30 kaki dan jentera Mercury 100 kuasa kuda yang dikemudi oleh Tekong Halim kami membelah samudra dengan gagah.
Tiada tanda-tanda MH370 yang hilang dikesan.
Hero "Telinga Gajah". Mangsa yang ke-9 pada misi ini.
Tekong Halim.
RPj Izhar, pendatang baru yang menundukkan dua ekor tenggiri dam dua misi. Menerima 10 kali sentapan dalam kedua-dua misi dan berjaya menjinakkan 2.
RPj Razidi, bertindak sebagai juru perambut untuk misi ini.
Tekong Halim sedang melayan kerapu.
RPj Wahidan beraksi dengan "Telinga Gajah".
Hasil pancingan kami untuk trip ini.
Dan saya, hanya mendaratkan seekor tenggiri pada misi ini.
Mengapa misi mencari MH370 gagal?
Kami kira, kami mencari dilokasi yang salah. Begitu juga dengan pencarian sebenar, mengapa MH370 gagal dikesan? Jawapannya kami rasa sama. Mereka juga mencari di lokasi yang salah. MH370 bukan berakhir di Lautan Hindi.Bukan di Laut Hindi!
Baiknya, kami tidak degil.Kami terus menukar misi setelah menyedari pencarian yang sia-sia.Kami tidak memperbodohkan masyarakat dengan dongengan dan teori yang bercelaru.
Apapun, pada 26 April nanti kami sedang merancang untuk mempertaruhkan aset yang lebih besar dengan anggota tambahan.
Lokasi kami di sekitar perairan Pulau Sembilan, Perak. Tempoh pencarian mungkin mengambil masa selama 24 jam.Tiada kapal selam scorpene,Bluefin 21 dan blue wave yang akan kami gunakan.
Doakan kami menemui MH370 - Tokanpuakajoran.
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.