Gambar-gambar ini dirakamkan pada 26.09.2010 yang lalu. Juragan Nizam dan Cepoi turun menjoran tatkala air sungai pasang besar. Kalau sudah rezeki, walau apapun keadaan pastinya ada hasil yang menanti. Mereka telah menidakkan kepercayaan saya yang menjangkakan udang kurang mahu menjamah umpan jika air pasang besar. Udang yang berjaya dipancing juga bersaiz besar. Rezeki untuk keluargalah tu.....

Hasil pertama Juragan Nizam.

Pengkalan nelayan kecil Cangkat Menteri.

Tuas Mengkuang, tempat kegemaran Juragan Nizam.



Bayak juga hasilnya.

Saiznya juga agak besar.



Putri Cepoi sedang berkira-kira mahu mengalungkan sepit biru ke leher....




Paparan berikutnya mungkin menemui jalan sukar kerana kamera yang mengandungi bahan-bahan untuk diupload telah
"hilang".
Puakajoran, agrohias dan golokkraf juga tidak dapat beroperasi buat seketika kerana saya masih dalam proses mendapatkan kamera baharu. Kesulitan amat dikesalkan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan