Saya paparkan teknik perambut dan cara mengumpan yang biasa dilakukan pemancing di sini.
Siakap 5.2 kg.




* Cangkukkan di mata kail dan susunlah biar ke atas sedikit daripada mata kail. Saya lebih gemar banyak umpan yang dicangkuk supaya kadar bertahan daripada diragut ikan kecil lebih lama.
* Teknik ini mungkin hanya sesuai digunakan pada aliran sungai yang deras kerana arus air akan menolak potongan sawit ke bawah sekiranya sawit yang paling hujun dimakan oleh ikan kecil.
* Teknik ini sesuai untuk memancing jelawat, lampam,kelabau,kaloi dan semua jenis ikan yang makan buah sawit.
* Sawit yang telah diperam atau dijeruk. Jangan terlalu lembut kerana mudah relai atau tanggal ketika di dalam air.
* Tusuk mata pancing melalui bahagian buntut buah, keluarkan, tusuk semula seperti menjahit kain. Benamkan sedikit mata agar sama aras dengan kulit sawit.
* Lakukan pada keempat-empat perambut seperti langkah di atas.
* Beginilah hasilnya. Jarak pemberat daripada umpan ini bergantung kepada kedalaman sungai. saya gemar menggunakan perambut ini sekitar 1.5 kaki panjang.
* Teknik ini juga sesuai untuk memancing jelawat, lampam,kelabau,kaloi dan semua jenis ikan yang memakan buah sawit.
* Ikat perambut. Kemuadian masukkan 7 bentuk atau lebih mata jenis lubang kepada perambut yang diikat tadi. Cangkuk mata yang paling bawah ke salah satu bahagian hujung roti yang telah dipenyek tadi. Seterusnya cangkuk mata-mata kail lain di kiri kanan roti tersebut secara berselang seli.Mata yang akhir cangkukkan pada bahagian atas roti.
* Teknik ini juga sesuai untuk memancing jelawat dan lampam namun tidak semua ikan yang memakan buah sawit makan umpan ini. Sebahagian ikan lain mungkin memakan umpan ini antaranya baung,tengas dan kelah. Saya pernah memperolehi baung seberat 1 kg di sungai Slim menggunakan kaedah ini. Kelah dan tengas juga pernah saya perolehi berumpankan roti.


Anak-anak kampung turut memeriahkan suasana.




Menggunakan umpan cengkerik hidup.
Antara hasil yang diperolehi
Sumber: Kudin
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.