Sabtu, 13 November 2010
Teknik Perambut dan Umpan
1. Umpan Sawit Racik atau Sawit Potong.
* Gunakan perambut yang sesuai dengan keadaan ikan atau kedalaman sungai. Pastikan umpan boleh timbul lebih kurang 1 m daripada aras permukaan air. Ikan bersisik biasanya jarang memakan umpan yang terendam di dasar sungai.Saya suka menggunakan perambut sepanjang lebih kurang 1m daripada jarak pemberat (batu ladung)
* Potong sawit mengikut kesesuaian mulut ikan, potong besar untuk ikan besar atau potong kecil untuk ikan besar dan kecil. Baik juga jika dipotong dadu.
* Cangkukkan di mata kail dan susunlah biar ke atas sedikit daripada mata kail. Saya lebih gemar banyak umpan yang dicangkuk supaya kadar bertahan daripada diragut ikan kecil lebih lama.
* Teknik ini mungkin hanya sesuai digunakan pada aliran sungai yang deras kerana arus air akan menolak potongan sawit ke bawah sekiranya sawit yang paling hujun dimakan oleh ikan kecil.
* Teknik ini sesuai untuk memancing jelawat, lampam,kelabau,kaloi dan semua jenis ikan yang makan buah sawit.
2. Umpan Sawit Jeruk (busuk)
* Gunakan perambut mata rambai, sekurang-kurangnya 4 bentuk mata kail supaya umpannya stabil.
* Sawit yang telah diperam atau dijeruk. Jangan terlalu lembut kerana mudah relai atau tanggal ketika di dalam air.
* Tusuk mata pancing melalui bahagian buntut buah, keluarkan, tusuk semula seperti menjahit kain. Benamkan sedikit mata agar sama aras dengan kulit sawit.
* Lakukan pada keempat-empat perambut seperti langkah di atas.
* Beginilah hasilnya. Jarak pemberat daripada umpan ini bergantung kepada kedalaman sungai. saya gemar menggunakan perambut ini sekitar 1.5 kaki panjang.
* Dengan menggunakan kaedah ini, kadang-kadang hasil yang diperolehi melebihi seekor dalam satu-satu masa.
* Teknik ini juga sesuai untuk memancing jelawat, lampam,kelabau,kaloi dan semua jenis ikan yang memakan buah sawit.
3. Menggunakan Kepingan Roti.
* Roti terbaik untuk dijadikan umpan ialah roti "Gardenia". Roti ini amat tahan ketika berada di dalam air. Aroma roti ini juga amat menyenangkan.
* Buang kulit luar (sekeliling atau bahagian tepi). Lipat beberapa kali dan penyekkan. Lipat pula pada kedua-dua bahagian hujungnya.
* Ikat perambut. Kemuadian masukkan 7 bentuk atau lebih mata jenis lubang kepada perambut yang diikat tadi. Cangkuk mata yang paling bawah ke salah satu bahagian hujung roti yang telah dipenyek tadi. Seterusnya cangkuk mata-mata kail lain di kiri kanan roti tersebut secara berselang seli.Mata yang akhir cangkukkan pada bahagian atas roti.
* Teknik ini juga sesuai untuk memancing jelawat dan lampam namun tidak semua ikan yang memakan buah sawit makan umpan ini. Sebahagian ikan lain mungkin memakan umpan ini antaranya baung,tengas dan kelah. Saya pernah memperolehi baung seberat 1 kg di sungai Slim menggunakan kaedah ini. Kelah dan tengas juga pernah saya perolehi berumpankan roti.
* Sebahagian catatan dan gambar yang saya paparkan ini telah saya "uploadkan" di dalam "posting" yang terdahulu. Harap maklum.
* Cacing tanah adalah umpan yang paling sesuai untuk hampir semua jenis ikan air tawar.
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
-
▼
2010
(337)
-
▼
November
(18)
- Bangau Petanda Hujan Lebat di Kawasan Laut
- Menjoran Perlu Kesabaran
- Nyaris Kecundang di Tuas Jelawat
- Selamat Menduduki SPM
- Amokan Puaka Toman Bukit Merah Lake Town
- Qurban (Korban) Sebagai Ibadah
- Salam Aidil Adha 1431 H
- Misi Memburu Jelawat 3 KG
- Teknik Perambut dan Umpan
- Belida
- Wajah-wajah Ceria Sekitar Majlis Hari Anugerah Cem...
- Jelawat Pertama Tahun 2010
- Rohu Tronoh Mine
- Undangan Majlis Perkahwinan
- Kelabau Penutup 2010
- MAJLIS GRADUASI PMR 2010 MRSM FELDA KAMPUS TUN ABD...
- Lagi Paparan Sekitar Aktiviti Santai Joran Segari ...
- Aktiviti Santai Joran Segari 2010
-
▼
November
(18)
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
:) :) :)
BalasPadamcenggitu rupanya..
Salam, jelawat sedap masak apa? Apa rasa daging dia?
BalasPadamnak try yang umpan roti......
BalasPadamTerima kasih elmaranji,Moh Kembara n Mknace sudi berkunjung...cuba2lah resepi umpan2 tesebut. Jelawat sedap dimasak apa? sukar untuk dijawap sbb stiap orang pnya citarasa trsendiri...saya hanya suka digoreng sahaja...rasanya...enak jugalah...
BalasPadamTerima kasih..semoga murah rezeki bahagia dunia akhirat..
BalasPadamhampir setiap hari buka laman ni..maklumlah kat Nilai ni takdak pot best mancing..kolam bayar banyak la..cuti sekolah baru dapat mancing di sg gedong/ sg kurau..InsayaAllah..
Bang Tokan, Teknik yang pakai umpan sawit segar tu guna perambut 1 kail saja ke? atau lebih?
BalasPadamMacam mana nak ikat perambut tu? Abaikan nama ummumukhlis tu..hehhehe...isteri pnya blog..
BalasPadamterbaik.info yg berguna utk saya yg nak masuk royal belum mgu dpn..
BalasPadamSy sering terlihat sambaran2 ikan jelawat semasa air sungai jernih..namun saya tdak tahu apa jenis umpan yang sesuai dengan keadaan air sungai yg jernih..mohon pencerahan terima kasih..
BalasPadam