Baru-baru ini saya terima kiriman gambar daripada salah seorang sahabat. Gambar yang dimaksudkan ialah gambar perkahwinan sahabat Puakajoran Sdr. Pendy @ Frozen yang melangsungkan perkahwinan sekitar bulan April lalu. Pada awal perkahwinan, agak senang mengajaknya keluar menjoran namun di akhir-akhir ini begitu sukar memperolehi persetujuan daripadanya. Risik punya risik rupa-rupanya beliau bakal menimang cahaya mata justeru itu banyak masa diutamakan untuk isteri dan anak yang bakal dilahirkan. Ada juga terdengar khabar beliau risau untuk memancing, takut "kenan". Walau apapun tahniah dan doa saya semoga bahagia dan anak yang bakal dilahirkan sempurna dan selamat.

Pendy@Frozen dan isteri di hari bahagia. Kelihatan juga Sdr. Hazrin (Rakan Puakajoran) sebagai pengapit.
Misi dilaksanakan pada Ogos 2008 di 6B, Sungai Sungkai.

En. Saiful sedang meninjau lubuk kelah
Air jernih tetapi Sang Kelah tidak sudi menjamah umpan

Gagal memperolehi tangkapan, hanya sekadar bersantai dan menikmati keindahan alam serta mendengar deruan air dan unggas. Sesekali kedengaran Sang Barau-barau berkicau merdu. Kokok ayam hutan juga bersahut-sahutan.

Nama: Nur Afendy b Mohd Nor @ Mat Ipoh @ Frozen
Lokaliti : Ipoh
Usia : 26 th
Pekerjaan: Kakitangan kerajaan
Hobi: Menjoran
Hobi lain: Games, badminton dan lain-lain bersangkutan komputer.
Rekod tangkapan kelah :250g
Rekod tangkapan ikan air tawar: 1.2 kg (Jelawat) 2008
Rekod tangkapan laut: -
Catatan: Menjoran memang best!lihat hasil tangkapan saya


Pada 30.6.08 Tokan, Tok Pawang dan Mat Ipoh telah menyusuri sungai Sungkai hingga ke sempadan Teluk Intan. Akhirnya ambil keputusan bermalam di Ladang Moccis, satu lokasi yang didiami oleh Sang Kelah.

Teruja sungguh tengok sungai

Letih merentas jalan ladang

Dah sangkut seekor anak baung

Anak baung

Mee segera yang dimasak Tok Pawang

Pagi sudah hampir. Semalaman menanti ikan tidak mahu jamah umpan.

Mat Ipoh mencuba nasib di sebelah pagi

Termenung dalam khemah

Antara tangkapan pagi

Sarapan dulu

Berkemas mahu pulang

Lihatlah hasil tangkapan Tokan

Lampam dan baung

Tak ada yang bersaiz besar!

Nak bagi tahu dia dapat anak kelah...

Ini sahajalah tangkapan hari ini

Yang sebelah kanan tu kelah yang diperolehi Mat Ipoh...

Dapat juga lesen kelah 2008. 2009..... dah ada lesen kelah ke

Kelah Mat Ipoh 2008

Tak dapat induk, anak pun ok....

Lampam sungai Sungkai

Tak puas lagi la.....
Pada 9 Okt 2008 Tokan, Tok Pawang dan Mat Ipoh (Pendy Kenari) bertolak untuk bertarung dengan jelawat diTronoh mines yang terletak kira-kira 90 km dari tempat tinggal kami atau lebih kurang 30 km dari Ipoh.

Tokan sedang memandu

Tok Pawang membaca papan tanda

Singgah sebentar di warung berdekatan tempat memancing

Mat Ipoh tengah fikir strategi untuk tewaskan Tokan

Lapar, bedal je lah

Nasi goreng kampung Tronoh Mines

Tok Pawang makan sambil fikir strategi tawan jelawat

Terujanya pasang khemah mengadap tasik Tronoh Mines yang bersambung dengan Sungai Kinta dan menjadi lubuk jelawat

Tok Pawang sedang buat perambut

Jampi ke Tok Pawang

Sedang buat perambut

Sebahagian peralatan pancing

Cari ilham

Menenang lokasi, bukan buang air.....

Bersilat dengan nyamuk

Bersedia untuk merakam gambar jelawat

Makanan kena utamakan


Ikan apa ni.....lampam oren, Mat Ipoh dapat.

Cuba lagi tewaskan jelawat pulak

Tak siap lagi tok Pawang buat perambut dah berejam dah

Jelawat terjun tiruk

Rehat sekejap

Dok fikir strategi lagi

Ada baik tidur dulu

Jelawat dah mula makan bermula jam 11.30 malam

Jelawat Tok Pawang

Tok Pawang lagi

Sebahagian hasil yang diperolehi

Setelah semalaman bersengkang mata akhirnya Tokan dapat 7 jelawat, Tok Pawang dapat 5, Mat Ipoh terpaksa menyerah kalah dan kecewa sangat apabila jelawat yang menyentap pancinnya lucut. Terpaksa berpuas hati dengan lampam sahaja.

Bertolak pulang keesokkan harinya dengan sedikit kecewa kerana hasil tangkapan bersaiz kecil. Bawah 1 kilo. Tronoh Mines kaya dengan jelawat dan ikan - ikan bersaiz besar. Dari cerita-cerita yang didengar ada pemancing yang berjaya memperolehi tangkapan jelawat seberat 14 kilo lebih. Kalau berminat elok pergi pada hari-hari biasa, Isnin - Jumaat. Jika hari cuti anda mungkin tidak dapat "Pot" yang sesuai kerana ramai pengunjung.
SEKADAR RENUNGAN
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.
Peringatan Kepada Yang Lupa
Ibadah Solah Jangan diabaikan
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.