Sabtu, 3 Oktober 2009. Selepas kekenyangan beraya sakan sempena Aidil Fitri, Tokan, En. Dusuki,Mr. Frozen @ Mat Ipoh dan En. Saifol @ Pak Su memulakan pertarungan di Kawasan pilihan pemancing iaitu Sungai Cenderiang dalam Mukim Air Kuning, Perak. Pada tanggapan kami air sungai pastinya besar lantaran hujan turun sejak petang Jumaat sebelumnya berlarutan hingga ke pagi Sabtu.Sampai di sana kami agak hampa kerana air kelihatan tohor.Tambahan pula terpandang kelibat beberapa orang sedang menghanyutkan pukat dan menjala.Jelawat sungai ini pastinya mudik sekiranya air besar dan arus deras.Mahu tidak mahu pertarungan mesti diteruskan, maklumlah masa perjalanan yang diambil agak lama memandangkan jarak lokasi dengan tempat tinggal kami agak jauh(hampir 2 jam). Sesampai sahaja di lokasi tokan memilih "pot" yang agak tersorak dan dipenuhi pokok teberau.Walaupun berisiko untuk mendaratkan jelawat namun risiko terpaksa diambil semata-mata teruja melihat joran disentap Sang Jelawat.

Ustaz Dusuki sedang beraksi di "Pot" yang dipilih sendiri. Gambar atas, "Pot" Tokan.

Jelawat pertama di daratkan Tokan (900 g) - Shimano altegra (Joran yang tak pernah mengecewakan)

Pot kedua Tokan. berpindah setelah lama umpan tidak dijamah, mungkin disebabkan air sungai yang tiba-tiba naik dan keruh sekali. sampah hanyut pula begitu banyak.

Setelah agak lama menungggu akhirnya berjaya mendaratkan seekor jelawat seberat 1.2 kg dengan joran Lemax dan mesin Banex 5000. Disini jugalah seekor udang berjaya didaratkan setelah terbelit tali pancing, gara-gara mencuri umpan sawit untuk Sang Jelawat.

Berpuas hati dengan hasil dan bersedia untuk pulang

Singgah di empangan untuk bergambar dengan hasil tangkapan masing-masing

Mr. Frozen dan Ustaz Dusuki dengan jelawat yang ditewaskan

En. Saifol @ Pak Su sedang beraksi berlatarkan empangan (Dam)

Udang galah yang tertewas setelah terbelit tali pancing Tokan. Rezeki...

Rasa nak datang lagi....

Perjalanan pulang, singgah rehat sebentar di gerai menjual air kelapa. Enak juga menikmati air kelapa + laici + lemon. Rojak, lemang dan pisang goreng juga dijual di sini.

Sesampai di rumah jelawat dan udang ini "diposingkan" lagi. Nak lepas geram. selepas ini ntah bila lagi nak bertarung.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan