



Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
isap rokok time siang di bulan puasa? tp tu gamba lama bukan di bulan puasa kan? :D
BalasPadamsaya masih ingat lagi suatu ketika dulu di alor star bendang arwah tok wan. ketika tu mesin padi baru menjejakkan "kaki" dan menguasai keseluruhan proses mengetam padi.
BalasPadam1980an masih dlm sekolah menengah. ilah jy ke petak sawah. dan dapati berpuluh2 ekor ikan berlompat2 diatas jerami padi yg diinjak oleh mesin. apa lagi ilah jy pun amek timab dan pungut bawa balik dekat 1/2 timba besar juga la siap bawa basikal lagi sbb berat. kesemua ikan ada terutama haruan keli dan puyu.. apa lagi proses menyiang laaa itu hobi kussss siang ikan. tapi la ni kalu suruh siang ikan keli dan haruan teh kenapa jadi pengeli..terasa banad ikan tu semacam jer..sejak peknan anak ke4 di kangar perlis perasaan itu menjelma..pembawakan kot.. tapi sampai tua ni pun masih pengeli..
bila terkenangkan zaman sekolah ooo akulah heroin menyiang ikan puyu sampai hancussss jemari kusss..hehe..
tak merasa lagi sawah padi dah dok di sini...kalu nak juga balik alor star laaa apa lagi...tapi ikan dah cabut lari x mcm zmn kuss dulu tak payah pancing ikan timbul atas jerami hehehe...
maaaaffff pjg berjelaaaa...
Salam bro...
BalasPadamTu hari tgk kat ASTRO chanel Discovery diorang ckp ikan harun nie kat Amerika sana nie haiwan ganas & perosak... jadi kalau tangkap dapat tawaran... jom pegi sana !
tokan to mr. noble...ya tuan itu gambar sebelum puasa...bnyak2 gambar yg tertangguh postingnya...hu hu
BalasPadamto ilahjy..saya pun rasa gitu...masih teringat2 zaman dulu2..zaman lauk dan sayuran amat senang didapati...x payah susuh2...jenguk dalam bendang...jenguk belakang rumah..ade saja lauk dan sayuran..hari ini semua dah berubah...itulah perubahan zaman. Trima kasih sudi berkongsi maklumat dan pengalaman,,,, suasana dan kenangan di kampung masih dalam ingatan..
BalasPadamto Abd Karim Mj, tq singgah...best tu...di sini harga haruan boleh tahanlah rm 12/kg...kalau ada tawaran tu mesti lagi mahal agaknya...kata org haruan berkhasiat tp saya kurang sikit makan ikan2 air tawar kecuali kena dengan masaknya...pertamanya mesti digoreng dahulu...x kiralah apapun masaknya...
BalasPadamsusah sgt nk jmpa ikan haruan besar mcm tu skrg ni..
BalasPadam