About me

Foto saya
Dari Paya Turun ke Laut.Kita boleh berkongsi.Gembira dapat tidur sebantal biarpun mimpi berlainan.

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Boatman

Pak Su @ Cepoi

Pak Su @ Cepoi
Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com Kawasan Perak Selatan - 0195033001

Sallehuddin @ Kudin

Sallehuddin @ Kudin
Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com Kawasan Utara Perak - 0195778541

Halil

Halil
Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com Kawasan Larut dan Taiping

Isteri Mithali Lakaran Juragan Nizam Balun

Isteri Mithali Lakaran Juragan Nizam Balun

Tokan

Tokan
Jelawat

SEBAHAGIAN DAIRI RAKAN TEGAR

TEGAR & BERETIKA.
Cintai Sungai & Perairan Kita.
HINDARI AKTIVITI TERLARANG!

Juragan Nizam

Juragan Nizam
Belida

Shahrizal

Shahrizal
Udang galah

Juragan Nizam

Juragan Nizam
Udang galah

Emy

Emy
Kaloi

Zul

Zul
Tengas

Azri

Azri
Kerapu

Cepoi

Cepoi
Lampam

Ali Burger

Ali Burger
Patin

Kudin

Kudin
Lampam

Edy & Ali Burger

Edy & Ali Burger
Patin & Kelabau

Tokan

Tokan
Udang galah

Abu Afaf

Abu Afaf
Baung

Abu Afaf

Abu Afaf
Sebarau

Najib

Najib
Kaloi 6B

Rakanpuaka

Rakanpuaka
Kerapu

Puaka Silverstone

Puaka Silverstone
Lampam

Halil

Halil
Haruan

Fendy Evo

Fendy Evo
Tongkol

Umar

Umar
Kelabau

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Udang Ulu Basir

Apoi Renjer Kabloi

Apoi Renjer Kabloi
Patin vs kelabau

Leen ABC

Leen ABC
Haruan Cenderiang

Ali Burger

Ali Burger
Sebarau Sungai Cawang

Man Bayan

Man Bayan
Kelabau 3.1 kg

Halil

Halil
Ikan Linang

Shahrul

Shahrul
Jelawat

Solihin

Solihin
Kelabau

Lan Wahid

Lan Wahid
Kelah

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Patin dan Belida

Wan Pegawai

Wan Pegawai
Kelabau

Apoi Puakabesout

Apoi Puakabesout
Patin

Juragan Nizam

Juragan Nizam
Patin

Jan Bit Puakasilverstone

Jan Bit Puakasilverstone
Rohu

Bukit Merah Boy

Bukit Merah Boy
Sebarau

Faizal

Faizal
kerapu

Apoi

Apoi
Udang Galah

Mat Trolak

Mat Trolak
Jelawat - 09.02.2010

Hisyam

Hisyam
Jelawat - 10.01.2010

Saidi

Saidi
Toman

Nur Afendi

Nur Afendi
Jelawat

Hazreen

Hazreen
Talapia

Tokan & Cepoi

Tokan & Cepoi
Jelawat - 31.10.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 13.12.2009

Cepoi @ Pak Su

Cepoi @ Pak Su
Udang Galah

Tokan

Tokan
Jelawat - 25.10.2009

Mat Proton

Mat Proton
Haruan 1.2 kg

Tokan

Tokan
Jelawat - 04.10.2009

Pak Man Juragan

Pak Man Juragan
Baung 1.2 kg

Cepoi@Pak Su

Cepoi@Pak Su
Jelawat - 07.10.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 29.08.2009

Cepoi@Pak Su

Cepoi@Pak Su
Toman 5.0 kg

Mahhadee

Mahhadee
Belida

Pak Su @ Cepoi

Pak Su @ Cepoi
Jelawat - 28.08.2009

Mat Trolak

Mat Trolak
Kelabau

Cepoi@Pak Su

Cepoi@Pak Su
Jelawat

Tokan

Tokan
Jelawat

Bilangan Log Masuk

Selamat Datang

Selamat Datang
WhatsApp 0195778621

Tokan DSLR Team

Tokan DSLR Team
Lihat "DSLR Team" di sini

Senarai Blog Pancing Yang Saya Ikuti (188 blog)

Lagi Blog Pancing Yang Saya Ikut

Najib

Najib
Jelawat

Tokan

Tokan
Jelawat

Halilpuakajoran

Halilpuakajoran
Toman

Mat Rock

Mat Rock
Toman

Ali Burger

Ali Burger
Belida

Mat Yanie

Mat Yanie
Rohu

Faizal Silverstone

Faizal Silverstone
Lampam Jawa

Juragan Nizam & Tokan

Juragan Nizam & Tokan
Kelabau

Ali Burger

Ali Burger
Kelabau

Tokan

Tokan
Jelawat

Shahrizal

Shahrizal
Udang galah

Parel

Parel
Tongsan SKC 12 Kg

Ali Burger

Ali Burger
Lampam

Tokan&Juragan

Tokan&Juragan
Kelabau

Cikgu Dolah

Cikgu Dolah
Layaran

Suhaimi Hawari

Suhaimi Hawari
Puyu

Najib

Najib
Sebarau

Apoi

Apoi
Patin SKC

Hamdi@Pawang

Hamdi@Pawang
Kerapu

Fendy Evo

Fendy Evo
Haruan Tasik

Siakap Vs Sepit Biru

Siakap Vs Sepit Biru
Aq Majeed

Ali Burger

Ali Burger
Belida

Kudin

Kudin
Puyu

Dayah

Dayah
Puyu

Ali Burger

Ali Burger
Sebarau Sungai Cawang

Sulaiman Balun

Sulaiman Balun
Kelah 5.0 kg

Wan Acat

Wan Acat
Patin 6.9 kg

Haziq

Haziq
Kelabau

Tokan

Tokan
Kaloi 3.0 kg

Wan Acat

Wan Acat
Tengas

Nazri @ Mat Proton

Nazri @ Mat Proton
Sebarau

Tok Pawang

Tok Pawang
Kelah

Ali Berger

Ali Berger
Kelabau

Apoi Puakabesout

Apoi Puakabesout
Belida

Wan Besout 3

Wan Besout 3
Kelabau

Lan Toman

Lan Toman
Toman Bukit Merah

Mat Pun

Mat Pun
Haruan

Muhammad Safri

Muhammad Safri
Kaloi

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Petutu

Puaka Jr.

Puaka Jr.
Udang Galah

Tokan

Tokan
Jelawat - 10.01.2010

Tokan

Tokan
Jelawat - 29.12.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 28.12.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 17.12.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 15.12.2009

Selasa, 29 Jun 2010

Haruan Ladang Song Seng

Ladang Song Seng yang terletak agak jauh daripada perkampungan Felda Gunung Besout bukanlah halangan untuk penjoran-penjoran tegar mempertaruhkan kemahiran demi memenuhi minat dan juga sebagai punca pendapatan tambahan. Salah seorang rakan baru (rakan di tempat kerja) Cik Lie, sudah mula menunjukkan kemahiran. Sebelum ini Cik Lie tidak pernah melakukan aktiviti ini, kalau adapun hanyalah sekadar suka-suka dan tertumpu di kawasan laut atau pantai. Sejak berkawan dengan rakan-rakan Puakajoran, boleh dikatakan setiap petang beliau keluar untuk menjoran.Ada kalanya timbul rungutan daripada isteri beliau. Sepanjang berkecimpung dalam hobi baru ini (kira-kira 3 bulan), inilah tangkapan Cik Lie yang terbesar. Haruan Ladang Song Seng seberat 1.2 kg.

Baung Kecil Sungai SKC

Setelah puas bertarung dengan kaloi, patin, kelabau dan kelah pada minggu lalu rakan-rakan Puakajoran agak menyepi pada minggu ini. Tiada kedengaran berita ikan bersaiz mega yang tewas. Mungkin disebabkan keadaan air yang agak keruh lantaran hujan yang turun sekali sekala. Sahabat kita ini hanya berjaya menawan seekor baung di lokasi kelabau minggu lalu.

Kelah Besar Sungai Slim

Kampung Balun yang terletak di pesisir pekan Slim River di barisi ramai penjinak kelah. Sebahagian daripada mereka layak digelar nelayan di sungai tersebut. Salah seorang yang di kagumi kebolehannnya ialah Sdr Lan (Pak Lang Lan Balun), bapa saudara kepada Juragan Nizam Balun. Kuah tumpah ke nasi, begitulah kata bidalan. Gambar yang saya paparkan ini adalah anak kepada Sdr. Lan(sepupu Juragan Nizam Balun) yang berjaya mendaratkan kelah seberat 5 kg. di sungai Slim. Ramai yang tidak menyangka sungai yang airnya keruh dan agak tohor masih dihuni spesis yang bernilai di kalangan kaki pancing ini. Ini bukanlah kali pertama keluarga ini mendaratkan ikan bersaiz mega . Sebelum ini Sdr. Lan Balun pernah memperolehi tangkapan kelah seberat hampir 7 kg. di sungai yang sama.
Leman, anak Sdr. Lan Balun beraksi dengan kelah seberat 5 kg.
Aktiviti dilakukan secara aktif selepas pulang daripada Kem PLKN bagi mewarisi kebolehan bapanya yang mungkin bersara akibat dimamah usia.
Gambar ini dikirimkan oleh majikan saya En. Sulaiman b. Nordin pagi tadi, setibanya di tempat kerja. Sdr. Lan Balun adalah jiran majikan saya.

Isnin, 28 Jun 2010

Misi Gagal di Sungai Cenderiang

Ahad, 27 Jun, pukul 1.30 tengah hari selepas habis kerja, bergegas ke sungai Cenderiang dengan Mat Trolak. Misi ulangan selepas mendaratkan kaloi 3 kg. pada minggu lepas. Pada perkiraan kami, air sungai pastinya besar lantaran hujan lebat pada hari Jumaat dan malam Sabtu. Jangkaan kami meleset, rupanya air amat surut, namun kesan air melimpahi tebing jelas kelihatan.Pohon-pohon teberau pula berselerak selepas dirempuh air. Kami yang terlewat sepatutnya kami ke sana pada hari Sabtu.

Joran Fenwick Eagle GT lapan kaki dan pasangannya Daiwa Regal 4000 yang bertukar tangan (asalnya milik Anip Batu) telah dua kali saya pertaruhkan, namun masih belum "menjerit".Ragutan ikan kecilpun belum saya rasai.
Masa dihabiskan dengan bersantai sambil melihat-lihat keindahan alam dan cuba mengenali beberapa spesis tumbuhan yang terdapat disini.

Pokok ara yang tumbuh di tebing sungai. Buahnya menjadi kegemaran ikan terutama patin.

Pokok ketum atau daun biak juga hidup liar di sini.


Pokok nona liar.
Sempat menunaikan kewajipan, sebelum berangkat pulang.

Tiada hasil yang dapat kami bawa pulang.

Sabtu, 26 Jun 2010

Kelabau Terbesar Musim Ini

Sungai Bernam,SKC yang merupakan sungai sempadan antara negeri Perak dan Selangor banyak dihuni oleh ikan kelabau. Kelabau gemar memakan lumut, buah-buah kayu yang gugur ke dalam sungai dan juga sawit masak. Di kalangan pemancing ikan ini, mereka menggunakan sawit masak yang dipotong dadu sebagai umpan. Ikan ini biasanya galak memakan umpan ketika air surut, hampir pasang dan keadaan air yang jernih kemerah-merahan. Pada musim ini beberapa orang rakan Puakajoran telah berjaya menaikkan beberapa ekor kelabau yang boleh dikategorikan bersaiz mega.

Man Bayan dengan kelabau SKC seberat 3.1 kg dan merupakan kelabau terberat di kalangan rakan-rakan.
Shahir, kelabau SKC seberat 2.0 kg

Emy dan Wan Acat berposing dengan kelabau yang berjaya didaratkan.

Tiga ekor kelabau SKC bersaiz mega tumpas pada hari itu dan saya dapat merasa keenakan sebahagian kelabau, hasil pemberian Man Bayan.

Jumaat, 25 Jun 2010

Menggigil Diduga Patin SKC

Semalam merupakan hari bertuah buat Wan Acat, bukan sahaja dapat bertarung dengan seekor patin tetapi sekaligus dapat memunahkan rekod berat patin sungai yang dipegang oleh Juragan Nizam. Menggigil lututnya sewaktu beraksi dengan patin seberat 6.9 kg di sungai SKC.Beliau berjaya mendaratkan patin ini dengan bantuan Ali Berger.Patin yang dijinakkan oleh Juragan Nizam beberapa bulan lalu seberat 6.8 kg.

Aksi seorang pemancing tegar setelah mendaratkan patin sungai SKC.
Sahabat-sahabat yang turut bergambar kenangan.



Kelah Sungai Sungkai

Dalam kesibukan berniaga dan kekerapan berulang ke sungai Ulu Basir serta SKC, Pot Kelah sungai Sungkai (6B) tidak dilupakan. Ini misi membalas dendam lantaran hampa beberapa hari lalu kerana Sang Kelah berjaya meloloskan diri. walaupun tidak bersaiz mega, namun cukup untuk memuaskan hati Ali. Kecilpun kecillah, asalkan kelah.

Kelabau Ulu Basir lagi


Sinonim dengan Ali, kelabau begitu serasi dengan beliau. Seekor lagi kelabau seberat 1.6 kg tewas. Memang teruja untuk mendaratkan spesis ini. Kelabau pantas membuat larian apabila terasa tusukan mata pancing. Tersilap langkah pastinya berputih mata.
Kelabau dan lampam yang tewas.
Sumber:Cepoi@Paksu

Kelabau Ulu Basir

Rakan-rakan mengambil kesempatan atas kejernihan air sungai, lantaran hujan yang tidak kunjung turun hampir seminggu. Berbekalkan umpan sawit, Haziq mendaratkan seekor kelabau seberat hampir 2 kg.

Khamis, 24 Jun 2010

Ikan Linang Bukit Merah

Ikan linang, rupanya seperti belut tetapi di kiri dan kanan pipinya terdapat sepasang ridik. Bentuk mukanya agak comel berbanding belut. Di tempat saya, masyarakat setempat memanggil ikan ini dengan nama tuna. Harganya agak mahal. Masih saya ingat sekitar tahun 80-an bapa pernah menjual ikan ini dengan harga RM 24 sekilo gram. Sekarang harganya saya tidak pasti, dengar khabar harganya lebih mahal.Ikan ini diperolehi oleh adik beradik saya Abu Afaf, Halil dan Kudin sewaktu memancing di tali air Panchur, Bukit Merah pada minggu kedua cuti persekolahan lalu. Ikan ini masih hidup dan dipelihara oleh Kudin.Sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan Sdr. Halil.Aksi Halil setelah menjinakkan linang berumpankan anak udang.
Lampam juga berjaya dijinakkan.
Kudin juga turut mendaratkan lampam.

Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran

Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran

Arkib - Layan Rohu Sungkai

Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam

Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran

Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam

Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam

Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam

SEKADAR RENUNGAN

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.

Arkib Blog

Peringatan Kepada Yang Lupa

Ibadah Solah Jangan diabaikan

Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.

Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.

Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.

Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.

Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.

INFO TRIP TERKINI

INFO TERKINI 2017

INFO Trip 1: TERGEMPAR.
Lokasi: Tuas Selatan Melalui Pengkalan Teluk Bayu
Tarikh:11.11.2017
Tekong : Khairul.

Anggota tersenarai:

1. Cikgu Nizam
2. Tokanpuakajoran
3. Cikgu Musa
4. Cikgu Hasnusi
5. Bro Wan Tukang
6. Bro Ody TBS

INFO Trip 2.
Lokasi: Tuas Selatan Melalui Pengkalan Nelayan Sungai Udang, Yan.
Tarikh:26.11.2017

BOT 1 ( Tekong ......)
Anggota tersenarai:

1. Cikgu Nizam
2. Cikgu Musa
3. Cikgu Nusi
4. Cikgu Idris
5. Cikgu Farhana


BOT 2 ( Tekong ......)
Anggota tersenarai:

1. Pawang Hamdi
2. Bro Man Bayan
3. Bro Sahak Canai
4. Bro Aween
5. Bro Fahmee Belayong


BOT 3 ( Tekong ......)
Anggota tersenarai:

1. Tokanpuakajoran
2. Bro Ody TBS
3. Bro Jai TBS
4. Ust Warhead
5. Tuan JMA

Fishing 4all.Harap maklum. T kasih.

Blog Sekutu dan Blog Pilihan

FORUM PUAKAJORAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

الوقت کالسَّيف فإن لم تقطع فل يقطع

MENJORAN UNTUK SEMUA

Bendera Pictures, Images and Photos MENJORAN UNTUK SEMUA
"Fishing For All"

Nuffnang

TRANSLATOR

Kandungan Blog Saya

IKLAN DAN INFO NIAGA

DAPATKAN MAKLUMAT INFO NIAGA PADA PAPARAN BERIKUT

Tempahan Pagar Kayu

Tempahan Pagar Kayu
Klik di sini

Selamat Datang

Pengunjung Terkini