About me

Foto saya
Dari Paya Turun ke Laut.Kita boleh berkongsi.Gembira dapat tidur sebantal biarpun mimpi berlainan.

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Boatman

Pak Su @ Cepoi

Pak Su @ Cepoi
Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com Kawasan Perak Selatan - 0195033001

Sallehuddin @ Kudin

Sallehuddin @ Kudin
Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com Kawasan Utara Perak - 0195778541

Atan

Atan
Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com Kawasan Larut dan Taiping

Isteri Mithali Lakaran Juragan Nizam Balun

Isteri Mithali Lakaran Juragan Nizam Balun

Tokan

Tokan
Jelawat

SEBAHAGIAN DAIRI RAKAN TEGAR

TEGAR & BERETIKA.
Cintai Sungai & Perairan Kita.
HINDARI AKTIVITI TERLARANG!

Juragan Nizam

Juragan Nizam
Belida

Shahrizal

Shahrizal
Udang galah

Juragan Nizam

Juragan Nizam
Udang galah

Emy

Emy
Kaloi

Zul

Zul
Tengas

Azri

Azri
Kerapu

Cepoi

Cepoi
Lampam

Ali Burger

Ali Burger
Patin

Kudin

Kudin
Lampam

Edy & Ali Burger

Edy & Ali Burger
Patin & Kelabau

Tokan

Tokan
Udang galah

Abu Afaf

Abu Afaf
Baung

Abu Afaf

Abu Afaf
Sebarau

Najib

Najib
Kaloi 6B

Rakanpuaka

Rakanpuaka
Kerapu

Puaka Silverstone

Puaka Silverstone
Lampam

Halil

Halil
Haruan

Fendy Evo

Fendy Evo
Tongkol

Umar

Umar
Kelabau

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Udang Ulu Basir

Apoi Renjer Kabloi

Apoi Renjer Kabloi
Patin vs kelabau

Leen ABC

Leen ABC
Haruan Cenderiang

Ali Burger

Ali Burger
Sebarau Sungai Cawang

Man Bayan

Man Bayan
Kelabau 3.1 kg

Halil

Halil
Ikan Linang

Shahrul

Shahrul
Jelawat

Solihin

Solihin
Kelabau

Lan Wahid

Lan Wahid
Kelah

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Patin dan Belida

Wan Pegawai

Wan Pegawai
Kelabau

Apoi Puakabesout

Apoi Puakabesout
Patin

Juragan Nizam

Juragan Nizam
Patin

Jan Bit Puakasilverstone

Jan Bit Puakasilverstone
Rohu

Bukit Merah Boy

Bukit Merah Boy
Sebarau

Faizal

Faizal
kerapu

Apoi

Apoi
Udang Galah

Mat Trolak

Mat Trolak
Jelawat - 09.02.2010

Hisyam

Hisyam
Jelawat - 10.01.2010

Saidi

Saidi
Toman

Nur Afendi

Nur Afendi
Jelawat

Hazreen

Hazreen
Talapia

Tokan & Cepoi

Tokan & Cepoi
Jelawat - 31.10.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 13.12.2009

Cepoi @ Pak Su

Cepoi @ Pak Su
Udang Galah

Tokan

Tokan
Jelawat - 25.10.2009

Mat Proton

Mat Proton
Haruan 1.2 kg

Tokan

Tokan
Jelawat - 04.10.2009

Pak Man Juragan

Pak Man Juragan
Baung 1.2 kg

Cepoi@Pak Su

Cepoi@Pak Su
Jelawat - 07.10.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 29.08.2009

Cepoi@Pak Su

Cepoi@Pak Su
Toman 5.0 kg

Mahhadee

Mahhadee
Belida

Pak Su @ Cepoi

Pak Su @ Cepoi
Jelawat - 28.08.2009

Mat Trolak

Mat Trolak
Kelabau

Cepoi@Pak Su

Cepoi@Pak Su
Jelawat

Tokan

Tokan
Jelawat

Bilangan Log Masuk

Selamat Datang

Selamat Datang
WhatsApp 0195778621
Follow Ibnuzaine on Twitter

Tokan DSLR Team

Tokan DSLR Team
Lihat "DSLR Team" di sini

Senarai Blog Pancing Yang Saya Ikuti (188 blog)

Lagi Blog Pancing Yang Saya Ikut

Najib

Najib
Jelawat

Tokan

Tokan
Jelawat

Halilpuakajoran

Halilpuakajoran
Toman

Mat Rock

Mat Rock
Toman

Ali Burger

Ali Burger
Belida

Mat Yanie

Mat Yanie
Rohu

Faizal Silverstone

Faizal Silverstone
Lampam Jawa

Juragan Nizam & Tokan

Juragan Nizam & Tokan
Kelabau

Ali Burger

Ali Burger
Kelabau

Tokan

Tokan
Jelawat

Shahrizal

Shahrizal
Udang galah

Parel

Parel
Tongsan SKC 12 Kg

Ali Burger

Ali Burger
Lampam

Tokan&Juragan

Tokan&Juragan
Kelabau

Cikgu Dolah

Cikgu Dolah
Layaran

Suhaimi Hawari

Suhaimi Hawari
Puyu

Najib

Najib
Sebarau

Apoi

Apoi
Patin SKC

Hamdi@Pawang

Hamdi@Pawang
Kerapu

Fendy Evo

Fendy Evo
Haruan Tasik

Siakap Vs Sepit Biru

Siakap Vs Sepit Biru
Aq Majeed

Ali Burger

Ali Burger
Belida

Kudin

Kudin
Puyu

Dayah

Dayah
Puyu

Ali Burger

Ali Burger
Sebarau Sungai Cawang

Sulaiman Balun

Sulaiman Balun
Kelah 5.0 kg

Wan Acat

Wan Acat
Patin 6.9 kg

Haziq

Haziq
Kelabau

Tokan

Tokan
Kaloi 3.0 kg

Wan Acat

Wan Acat
Tengas

Nazri @ Mat Proton

Nazri @ Mat Proton
Sebarau

Tok Pawang

Tok Pawang
Kelah

Ali Berger

Ali Berger
Kelabau

Apoi Puakabesout

Apoi Puakabesout
Belida

Wan Besout 3

Wan Besout 3
Kelabau

Lan Toman

Lan Toman
Toman Bukit Merah

Mat Pun

Mat Pun
Haruan

Muhammad Safri

Muhammad Safri
Kaloi

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Petutu

Puaka Jr.

Puaka Jr.
Udang Galah

Tokan

Tokan
Jelawat - 10.01.2010

Tokan

Tokan
Jelawat - 29.12.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 28.12.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 17.12.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 15.12.2009
Memaparkan catatan dengan label Agro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agro. Papar semua catatan

Ahad, 14 Ogos 2011

Jambu Batu Liarpun Nampak Sedap di Bulan Puasa

 
Jambu batu ini tumbuh secara liar di hadapan rumaah saya. Ketika bualan Ramadhan ini pula buahnya begitu banyak dan masak. Baunya cukup menusuk kalbu. Teringat zaman kanak-kanak, buah inilah menjadi rebutan ketika itu. Dimakan sambil mandi sungai atau pulang dari sekolah. "Rembat" di tepi-tepi jalan. Entah ditanam orang entahkan tumbuh liar. Tak peduli. Pada masa itu tidak pernah merasa jambu batu madu berbiji / tanpa biji dan pelbagai buah yang diklon atau dikasi pelbagai seperti sekarang ini.

Mengikut amalan orang tua-tua, pokok dan buah jambu ini ada khasiatnya tersendiri. Pucuk atau buah yang masih muda dapat dijadikan ubat cirit-birit dengan cara mengunyah dan menelannya.

 Buah yang telah masak juga boleh dijadikan jus. Rasanya juga amat enak.
Adakah tumbuhan ini mampu bertahan dalam senarai tumbuhan yang terdapat di negara kita pada masa akan datang?


Sabtu, 13 Ogos 2011

"Tuak Halal" Menu Berbuka Hari Ini

"Tuak" meminjam istilah masyarakat Pantai Timur, sebutan bagi minuman nira kelapa atau nira nipah. Bagi masyarakat Pantai Barat pula "Tuak" biasanya dikaitkan dengan minuman yang memabukkan hasil pemeraman nira kelapa atau nira nipah dalam jangka masa tertentu. Tuak yang saya paparkan di sini bukanlah tuak yang memabukkan tetapi air nira nipah yang telah disejuk bekukan. Nira ini saya perolehi daripada salah seorang sahabat yang pulang ke kampung baru-baru ini. Menjadi kelaziman setiap Ramadhan, beliau pastinya tidak melupai  rakan-rakan di sini dengan membawa ole-ole dari negeri kedah itu.

Tak kenal maka tak cinta, bagi penggemar nira pastinya tidak dapat melupai akan keenakan nira. Dengan rasanya yang manis dan aroma yang mengasyikkan pastinya akan menjadi ingatan orang yang pernah meminumnya. Di tempat kelahiran saya amat sukar untuk mendapatkan bahan ini sekarang, padahal satu ketika dahulu cukup popular dengan keluaran cuka nipah secara kecil-kecilan.Bukan sahaja air nira tetapi masih segar dalam ingatan, sekitar pukul 11.00 pagi akan lalulah sebuah lori membawa tempayan-tempayan besar yang pastinya di dalam tempayan itu mengandungi air nira yang telahpun menjadi tuak.AWAS....air nira yang bertukar menjadi tuak, haram untuk orang Islam meminumnya namun akan menjadi halal apabila melepasi jangka waktu tertentu (40 hari jika tidak salah). Ketika itu, tuak sudahpun menjadi cuka.

Nira kelapa pula boleh didapati di gerai-gerai tepi jalan sekitar jalan menuju ke Bagan Datoh, Perak . Sekarang saya tidak pasti samaada nira kelapa masih lagi dijual di situ.Nira nipah senang diperolehi kerana cara pengambilannya yang lebih mudah berbanding nira kelapa. Mengambil nira kelapa perlu memanjat pokok kelapa sekurang-kurangnya sehari dua kali, manakala mengambil nira nipah tidak perlu memanjat.Apapun segalanya bergantung pada kemahuan pengusaha dan sumber bahan tersebut. Jika generasi hari ini tidak lagi meneruskan pekerjaan mengambil nira sebagai warisan, satu hari nanti generasi kita tidak akan tahu bagaimana rasanya nira segar.
Bubur lambuk juga salah satu menu yang tidak asing lagi ketika Ramadhan menjelma. Bubur ini disediakan oleh pihak GPW Felda Gunung Besout 3 dan diagih-agihkan kepaada warga kerja Felda Besout, termasuk kami.Dua atau tiga hari sekali pastinya ada juadah ini.

SELAMAT BERBUKA....SEMOGA AMALAN DIBERKATI OLEH ALLAH.

Ahad, 7 Ogos 2011

KHASIAT BUAH KURMA

 
 Gambar kurma muda,rasanya kelat-kelat manis, kesukaan saya.

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya Phonex dactylifera.Berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau masih mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara Arab dan mempunyai kepelbagaian jenis. Di negara kita juga dilaporkan pokok ini dapat hidup, namun hanya sebilangan kecil yang mengeluarkan buah.Antara kurma yang terkenal ialah kurma Makkah dan kurma Madinah yang dikatakan mempunyai puluhan jenis. Di kalangan penduduk di negara Arab kurma adalah makanan utama mereka.Masyarakat bukan Arab dan penduduk negara lain juga menggemari buah ini termasuklah masyarakat Malaysia.
 
Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak.Menurut sejarah, buah kurma menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan para sahabat.Menurut kajian pakar pemakanan pula, buah kurma mengandungi zat besi dan kalsium yang tinggi .Bagi Ibu-ibu yang menyusukan anak kecil dan mempunyai masalah kekurangan susu,dengan memakan kurma dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan meningkatkan pertumbuhan kanak-kanak (di peringkat usia baru boleh mengagah atau damit)  dalam pembentukan darah dan sumsum tulang. Kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Zat kurma tersebut akan segera dihadham dan ia akan disalurkan ke dalam darah dan otak.Disebabkan itulah juga, kurma menjadi pilihat pertama ketika berbuka puasa.
 
Menurut ajaran Islam, baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma, sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tidak terdadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air sejuk.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sesetengah ulamak menyatakan disunatkan memakan kurma dalam bilangan yang ganjil dalam satu-satu masa. Saya juga masih ingat beberapa khasiat lain yang dinyatakan oleh ustaz ketika belajar dahulu, antaranya memakan kurma dapat menghindarkan kecacingan dan dapat pula meningkatkan daya penglihatan.Kurma juga dapat dijadikan penawar keracunan ringan atau sakit perut.- Wallahuaqlam.

Disunting dan diolah secara bebas oleh Tokan puakajoran hasil pembacaan melalui internet.Gambar kurma muda: Hak milik asal Tokanpuakajoran.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Limau Kasturi

Menurut ibu, tanaman unik ini ialah limau kasturi. Lazimnya masyarakat mengenali limau kasturi ialah limau yang banyak ditanam oleh petani dan digunakan secara meluas dalam masakan, jus, perisa minuman dan bahan asas beberapa kosmetik secara tradisional. Menurut ibu, limau yang dikenali oleh masyarakat ramai sebagai limau kasturi itu sebenarnya limau kerisik. Limau kasturi tergolong dalam tumbuhan renek, tingginya di bawah 1.5 meter. Daunnya kecil, hampir menyerupai daun delima namun mempunyai pecahan 3 bagi setiap tangkai.Mengeluarkan buah yang hanya sebesar hujung jari kelingking orang dewasa dan mempunyai hanya satu biji benih di dalamnya. Rasanya masam dan agak pedar berbanding limau kerisik.Tidak dapat dipastikan apakah kegunaannya, tetapi masyarakat Melayu lebih terarah kepada amalan perubatan tradisional.

Daun limau kasturi.
Buah yang masih muda berwarna hijau.
Buah yang telah masak.
 Boleh juga dilihat di http://agrohias.blogspot.com/

Jumaat, 5 Ogos 2011

Limau Purut

Pastinya tidak asing lagi bagi kebanyakan masyarakat Asia.Sinonim dengan masakan tom yam .Daun limau purut adalah salah satu bahan utama untuk menerbitkan aroma  bagi masakan tersebut. Daun limau ini juga digunakan sebagai bahan penambah aroma bagi masakan lain antaranya rendang dan asam pedas. Buahnya pula digunakan dengan meluas oleh orang-orang Melayu sebagai salah satu bahan perubatan tradisional.Pada masa lampau,limau purut beserta "sintuk"  digunakan sebagai campuran bahan mandian bagi perempuan yang lepas pantang. Mungkin dianggap sebagai "body shampoo" pada masa itu. Saya tidak pasti sama ada perahan limau ini boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Limau purut yang saya paparkan ini adalah dari jenis yang kecil buahnya. Setahu saya terdapat dua jenis limau purut, iaitu jenis besar dan kecil buahnya. Dikatakan daun limau purut jenis kecil ini mengeluarkan aroma lebih kuat.Rasanya pula lebih baik berbanding limau purut jenis besar yang agak pahit.

Rabu, 3 Ogos 2011

Limau Bali

Satu lagi koleksi tanaman ibu ialah limau bali.Limau bali atau juga dikenali sebagai limau tambun atau pomelo dalam bahasa Inggeris.Di Perak, tanaman ini banyak ditanam di sekitar Tambun dan amat sinonim dengan nama limau Tambun.Nama saintifik bagi Limau Bali ialah Citrus Grandis (L) atau Citrus maxima. Limau ini ditanam sejak empat tahun yang lalu di sekitar rumah ibu, hasil sumbangan Jabatan Pertanian Perak. 8 pokok kesemuanya, namun tidak semua dapat hidup subur mungkin tidak begitu sesuai dengan keadaan tanah atau penjagaan yang tidak sempurna. Pada saya, klon ini tidak selasak limau bali asal yang buahnya lebih kecil sedikit. Di kampung saya disebut limau "gedangsa".Pokoknya amat lasak dan dapat hidup hingga puluhan tahun. Terdapat 2 jenis limau gedangsa, iaitu yang berwarna merah dan putih isinya. Satu ketika dahulu,limau bali yang paling manis dan baik boleh didapati di gerai-gerai tepi jalan sekitar pekan kecil Sungai Gedong, Perak.Hasil keluaran petani tempatan. Sekarang saya tidak pasti sama ada limau bali masih dijual di situ atau tidak.

Selasa, 2 Ogos 2011

Perahan Limu Penghilang Hanyir Ikan

 LIMAU TELUR BUAYA

"Limau telur buaya".Sejenis lagi limau yang menjadi koleksi tanaman ibu. Buahnya berbentuk bulat lonjong. Berwarna kehijau-hijauan dan berubah kekuningan apabila matang. Hampir menyerupai lemon tetapi saiznya lebih besar, kulitnya agak tebal dan rasanya masam bercampur sedikit pahit. Secara tradisinya limau ini dijeruk,dikeringkan dan dijadikan acar oleh sesetengah orang yang menggemarinya.Perahan limau ini juga sesuai dijadikan perisa masakan dan boleh juga digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan.


Ahad, 31 Julai 2011

Cincaluk, Perahan Limau dan Ikan Bakar Pembuka Selera Ramadhan

Cincaluk,cili api,bawang besar dan perahan limau. Kena pula dengan jelawat atau kelabau bakar, pastinya menyelerakan apabila dijadikan juadah berbuka.Sebenarnya topik ini bukanlah untuk melayan selera makan tetapi untuk berkongsi info tentang limau yang agak unik ini. Ini bukan limau madu atau limau manis. Bukan juga limau lemon.Limau ini mengeluarkan jus yang banyak lantaran saiznya yang besar. Boleh mencecah 300g sebiji jika bilangannya dihadkan. Rasanya seakan-akan limau nipis.Amat sesuai dibuat jus atau penambah perisa dalam masakan. Juga boleh dijadikan bahan pencuci untuk menghilangkan hanyir ikan. Uniknya, limau ini boleh dibiakkan melalui keratan batang tanpa ditut atau melalui proses cantuman. Maklumat lanjut di http://agrohias.blogspot.com/



* Cincaluk : http://www.malaysianfood.net/recipes/recipecincaluk.htm

Sabtu, 30 Julai 2011

Belimbing Buluh Ramuan Masakan Ikan Sungai

Tidak lengkap jika memasak ikan sungai tanpa memasukkan belimbing buluh.Gulai lemak cili api,asam pedas patin atau baung pastinya akan lebih lazat jika ditambah belimbing ini bersama-sama bunga kantan atau daun kesum. Ramadhan Mubarak akan menjelma tidak lama lagi, aktiviti di laut mungkin terhenti seketika namun tidak untuk aktiviti air tawar.Lambaian sungai Cenderiang dan sungai Ulu Basir seperti terbayang-bayang di ruang mata. Ayuh ke sungai kita....

Catatan lengkap di sini http://agrohias.blogspot.com/

Khamis, 28 Julai 2011

Buah Randa

Pohon buah randa.Salah satu tanaman yang agak unik.Saya tidak pasti jika ada nama lain. Malas nak selongkar dalam internet. Cukuplah saya paparkan dengan nama yang biasa disebut oleh masyarakat setempat. Tumbuhan ini tergolong dalam kumpulan pohon renek dari suku sakat limau juga. Warna buahnya putih kemerah-merahan ketika muda dan bertukar menjadi merah apabila matang.Rasanya masam-masam kelat.Boleh dimakan mentah, dengan cara dicicah sedikit garam atau boleh juga dibuat jeruk atau halwa.
Maklumat lanjut :http://agrohias.blogspot.com/

Khamis, 10 Februari 2011

Jagung Hampir Boleh Dituai

Sebelum pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, sempat jugalah meninjau tanaman jagung berhampiran rumah. Sehari dua lagi bolehlah dituai. Teruja juga melihat hasil titik peluh sendiri di ruang yang cukup terhad ini. Selain itu ingin juga saya paparkan pergola buatan Tok Kie Golokkraf sebagai "sponsor" kepada saya dan promosi kepada pengunjung blog. Harga pergola tersebut bergantung kepada bentuk, saiz dan jenis kayu yang digunakan. Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan terus kepada Tok Kie golokkraf.blogspot.com.
Pergola ini saya gunakan untuk tanaman pokok anggur dan lada hitam.
 Hasil yang menanti masa untuk dituai.



Sempat berposing di bawah pergola anggur dan tanaman jagung.




Si kecil ini tidak sabar untuk pulang ke kampung. Tidak mahu bergambar, terus masuk ke dalam kereta.

Khamis, 10 September 2009

Anggur Pelengkap Masakan Ikan Air Tawar

Aktiviti menjoran ada kalanya terhalang disebabkan pelbagai faktor.Ada waktunya, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Ada ketikanya waktu yang terlalu suntuk disebabkan kerja dan tugas rutin. Walaubagaimanapun kita masih punyai waktu senggang untuk dipenuhi dengan aktiviti lain supaya tidak bosan.Menanam tumbuhan hiasan juga memberi satu kepuasan yang tidak kurang hebatnya.Apatah lagi tanaman tersebut hidup subur dan menjadi penyeri kawasan rumah.Paling bermanafaat jika tanaman tersebut dapat dijadikan sebahagian keperluan harian kita.Berikut saya siarkan sebahagian tanaman yang menjadi penyeri@penyemak rumah saya.

Anggur- Dihadiahkan oleh rakan pada tahun 2006.Setahun kemudian mula berbunga dan berbuah. Sehingga sekarang tidak pernah putus berbuah dengan kuantiti yang tidak menentu.Pada musim panas atau kemarau rasanya agak manis.Sebaliknya jika hujan berlarutan rasanya masam benar.Biasanya buah anggur ini saya gunakan sebagai perasa dalam masakan bagi menggantikan belimbing buluh. Boleh tahan juga rasanya jika dimasukkan ke dalam gulai lemak cili api ikan jelawat atau baung sungai.

























Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran

Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran

Arkib - Layan Rohu Sungkai

Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam

Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran

Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam

Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam

Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam

SEKADAR RENUNGAN

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.

Arkib Blog

Peringatan Kepada Yang Lupa

Ibadah Solah Jangan diabaikan

Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.

Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.

Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.

Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.

Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.

INFO TRIP TERKINI

INFO TERKINI 2019

Next trip

Trip Reu Open X SK Sri Besout & X SMK Besout.
Tarikh : 15/12/2019 (Ahad)
Tempat Berlepas: Pangkalan Nelayan Sg Udang,Yan, Kedah.
Bot: Tekong Syafik

1. Cikgu Zaini Sulong (X SK Sri Besout n SMK Besout) ✔️
2. Tn Hj Mustafa Kadir (X SK Sri Besout)
3. Cikgu Musa (X SMK Besout) ✔️
4. Sir Azmin Baharudin (X SK Sri Besout)✔️
5. Cg Badr (X SK Sri Besout)✔️
6. Cg Nizam albaluni (X SK Sri Besout n SMK Besout)✔️

Fishing 4all

Fishing 4all.T kasih.

Blog Sekutu dan Blog Pilihan

FORUM PUAKAJORAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translator

Sila Klik Untuk Info Lanjut

Sila Klik Untuk Info Lanjut
Sila Klik Untuk Info Lanjut

الوقت کالسَّيف فإن لم تقطع فل يقطع

MENJORAN UNTUK SEMUA

Bendera Pictures, Images and Photos MENJORAN UNTUK SEMUA
"Fishing For All"

Nuffnang

Kandungan Blog Saya

IKLAN DAN INFO NIAGA

DAPATKAN MAKLUMAT INFO NIAGA PADA PAPARAN BERIKUT

Tempahan Pagar Kayu

Tempahan Pagar Kayu
Klik di sini

Selamat Datang

Pengunjung Terkini