JUMAAT, hari ke-tiga umat Islam berpuasa, bumi Felda Besout disimbahi rahmat yang turun mencurah-curah. Kedinginan terasa hingga ke tulang hitam. Hujan mulai turun sekitar pukul 3.40 petang dan berlarutan hingga ke lewat malam. Saya kira dengan kedinginan dan kedamaian yang turun bersama hujan membuatkan hati sesetengah orang dapat reda dengan situasi yang panas. Ramadhan dari sudut bahasanya,( jika tidak salah saya) membawa maksud panas ataupun terik yang membakar. Di ketika panas begini, seharusnya umat islam perlu insaf dan terus bersabar serta meningkatkan ketaqwaan dan memikirkan betapa panasnya azab Allah subhanahuwataala menjelang Yaumul Mahsyar nanti. Jangan terbawa-bawa atau terikut-ikut nafsu amarah dan mudah melenting lebih-lebih lagi di tengah-tengah kemelut politik dan kehidupan masyarakat Malaysia yang saya kira amat menekan perasaan. Berbagai tekanan dirasai oleh sebilangan rakyat Malaysia.Saban hari disogok dan terbungkam dengan jenayah pembunuhan, pembuangan bayi, jenayah zina, adu domba sehinggakan pihak-pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang agama yang sepatutnya disenagi oleh semua masyarakat Islam Malaysia sudah beriya-iya dan cenderong menonjol mempertahankan hak politik sesebuah parti politik. Politik menguasai agama, walhal yang sepatutnya Agama perlu berada lebih atas daripada politik.Kadar kemalangan yang meragut nyawa juga semakin menjadi-jadi, disusuli jenayah rompakan,ragut dan kecurian.Saya berpesan kepada diri saya dan seluruh pembaca agar berwaspadalah dalam setiap keadaan. Janganlah menjadi agen kepada perkara-perkara yang menyumbang kepada keruntuhan tamadun dan peradaban manusia. Hindarilah daripada fahaman politik yang melampau dan boleh membawa kepada perbalahan. Hindarilahlah daripada menghampiri maksiat dan jauhi juga punca terbit maksiat dengan menghindari lokasi-lokasi keramaian yang terarah kepada maksiat yang lebih besar.Peliharalah ibadah rutin dan jauhi perbuatan dan kata-kata yang boleh membangkitkan kemarahan. Ingatlah...Azab dan bencana Allah boleh sampai kepada kita secara tiba-tiba tanpa kita duga. Allah boleh mengutuskan ribut taufan, Allah boleh memerintahkan gempa bumi dan keruntuhan struktur muka bumi, Allah boleh membiarkan pelbagai jenayah menular dalam masyarakat kita, Allah juga boleh mematikan kita hanya kerana terkena gigitan nyamuk....Justeru, jangan memandang remeh dengan apa yang diturunkan (Hukum Allah). Jangan mudah tertipu serta mudah menyanggah berpandukan logik dan bertuhankan akal dan masih terus sombong melaksanakan peradaban dan perundangan penjajah dan jahiliah. Jalanilan tugas sebagai Khalifah, junjungi tinggilah al Quran serta laksanakan semua yang disyariatkan. Mudah-mudahan kita kembali aman dan tenteram persis musim panas yang disirami hujan.


SABTU, bersedia ke lokasi sungai Cawang untuk memburu sebarau.Air pastinya melepasi tebing lantaran hujan lebat semalam. Hari ini juga penduduk Felda Besout tidak dapat mandi lantaran bekalan air terputus akibat kebocoran paip utama . Hujan lebat yang memendapkan tanah dan jalan seterusnya menyebabkan paip pecah.

Motorsikal tinggalan sahabat, Mat trolak kepada Cepoi khusus untuk aktiviti meredah hutan.

Membidik mangsa persis seorang pemburu.

Sasaran, sungai Cawang. Juragan Nizam pernah tercedera di sini gara-gara memburu sebarau.

Air yang agak besar memungkinkan sebarau dan kumpulannya mudik hingga ke atas.

Berkemas setelah tiada riak sebarau hadir di sini.

Lokasi seterusnya juga hampa.


Penat meredah akhirnya bertemu dengan Wan Acad. Dapat juga beliau memperoleh beberapa ekor baung dan lampam.


Ke bawah lagi bertemu dengan Ali Burger dan beberapa orang sahabat pemancing haruan yang sudah keletihan dan mahu pulang. Di panas terik yang semakin meneduh akhirnya saya dan Cepoi tewas dalam misi memburu sebarau sungai Cawang di hari keempat Ramadhan.
* Jika anda rasa senang dengan pendapat saya
singgahilah selalu, jika salah
sanggahilah saya...Selamat Berpuasa - Tokan.
Gambar: Paksu @ Cepoi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan