Setengah jam kemudian pancing saya disentap dan saya memperolehi seekor anak kelah. Kira dapatlah lesen untuk 2010.
Beberapa minit kemudian seekor lampam menjamah umpan.
Sentapan ketiga agak keras, namun ikan berjaya meloloskan diri di bawah bangkar. Kemudian terus senyap tiada lagi getusan pada pancing. Kami mengambil keputusan untuk berpindah pot. Baru melangkah beberapa ela dari pot asal, tiba-tiba terdengar bunyi "kboom". Kami menoleh ke belakang, lebih kurang 10 orang manusia yang tidak bertamadun terjun ke dalam sungai memungut ikan-ikan yang terdiri daripada sebarau, lampam dan terubui terlentang dibawa arus. Hati bagai dihiris-hiris, apa tidaknya terpaksa pulang awal kerana sungai dinodai. Kepada rakan pancing, sungai Tunjung di Cangkat Sulaiman bukanlah tempat yang sesuai untuk kita mencari ketenangan.
Berangkat pulang dengan hati yang sakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan