Isnin, 29 Mac 2010
Aksi Dalam Semak
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
-
▼
2010
(337)
-
▼
Mac
(42)
- Mangsa Terbaru Ali Berger
- Resepi Pekasam Puan Mazlina
- Sepanjang Perjalanan ke Tuas Kecundang
- Tuah Rakan Baru
- Aksi Dalam Semak
- Ali Berger Tegar di Tuas 6 B
- Kelabau Tuas SKC
- Ralat Bukan Kelah
- Santai di Sungai Bill
- Kuah Tumpah ke Nasi
- Kelah Ang Angler Batang Kali
- Odi "Otai" Barangan Klasik
- Santai di Lombong Rohu
- Rakan Puakajoran Rasi Dengan Belida
- Kelabau Sungai Bernam
- Misi Memburu Belida SKC
- Rohu Bukit Merah
- Udang Kampung Dew
- Lampam
- Khairul Husni Zainol Abidin Setahun Sudah Pemergianmu
- Haruan Bukit Merah
- Haruan Bukit Merah Rezeki Musim Kemarau
- Mengebom Ikan Perbuatan Tidak Bertamadun
- sebarau
- Sebarau Bukit Merah
- Sebarau Bukit Merah
- Toman Bukit Merah
- Berputih Mata Pancing Baru Terjun Sungai
- Kelabau Kampung Alah Batu
- Belida Terbaru Puaka Besout
- Rohu Lombong Bidor
- Mendenak Tekukur Aktiviti Sampingan
- Siapa Berani....
- Aksi Ahli Dewan Undangan Negeri Semanggol
- Pekasam Toman Pn. Mazlina
- Rehat Sebentar Kereta Buat Hal...
- Buah Lempong Umpan Lampam
- Ada Anak Mesti Ada Ibunya.....
- Hari Jadi Anak
- Li Koh Batang Kali
- Sungai dalam laut.
- Sebarau Oh sebarau
-
▼
Mac
(42)
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
memang murah rezki cepoi..abg tokan kirim salam kat cepoi and the geng..hehe..(am kawan abg cepoi..adi)
BalasPadamOk am...insyaallah, Apoi ke Cepoi...2 orang berlainan tu..
BalasPadamoo ade dua cepoi gan apoi :)saya rase yg pakai kace mate ne bang..heheh begaya dia bang gan ikan toman..Apoi dan rakan2nye..murah rezki diorang...bulan 2 tu ari saya ade dtg besout....gan abg apoi (adi)..teringgin nak makan ikan fress dari sungai....dpt gak la merase..apoi bakar..pearhh...terigat-igat je bang...leleh air liur..bukan senag bang nak rase...dan kepada abg tokan..terima kasih ujutkan bloq puaka jorang ..muga2 blog abg sucses..the best bloq :)
BalasPadamTq..visit, ya dua2 nama saiful...cepoi tu ada gamba dia kat depan, pemungut sumber. Apoi tu jarang sangatla dpt jumpa. Dia dengan aktiviti menjoran dia la....kalangan rakan2 di sini sngat mengkagumi dia. Kalau jumpa lubuk pakat diam dulu...dia punya ong lain la...tujuan buat blog ni saja suka2 isi masa lapang di samping tuka2 pngalaman dan tambah rakan. T kasih sudi lawat dan kongsi idea. Sehari dua ni hujan agak lebat...klau air beso ada harapan mancing jelawt...
BalasPadamwah..nampaknye abg banyak juge pegalam dalam kehidupan harian...moga2 pegalam abg dpt memberi pegajaran kepada saya dan juga rakan2 lain .Agrohias.blogspot.com juga abg ujutkan...jadi dpt lah saya mempelajari..membaca..catatan abg..terima kasih sekali..bukan senag utk mempelajari sesuatu yg baru dlm hidupnye...macam saya nee..jauh dari kawasan kampong..jadi beli melihat gamba2 yg abg pamerkan sejuk mate memandang....kehidupan saya di kampong begitu sengkat..abg tentu paham..
BalasPadamTrima kasih atas sokongan. Agrohias, golokkraf, dan aniesjamilsmallgoadfarm juga saya uruskan namun x punya masa utk update...terbengkalai juga sudahnya. gitulah kehidupan...saya juga perantau, cuma ubah lokasi dari kampung ke Felda pula, tp ok la suasana x jauh bbeza.
BalasPadam