Ahad, 31 Julai 2016

Santai Dengan Tekong Yat dan Tekong Pak Su SBO, Trip 31 Julai 2016

Santai sat dengan tekong Yat dan tekong Pak Su SBO untuk trip 31 Julai 2016 melalui Pengkalan Kubang Rotan Kuala Kedah menuju ke Tuas Payar.

Bot 1 dikemudi oleh tekong Yat manakala bot 2 oleh Tekong Pak Su SBO. Seramai 12 anggota Puakajoran menyertai misi ini.

Bot 1 disertai oleh Dr. Daud, cikgu Rozidi,Cikgu Hasnusi, cikgu wahidan, saudara Rosdi (Ody) dan seorang lagi pendatang baharu dalam group kami. Bot 2 pula disertai saudara Lan Dresa, cikgu Nizam, Tok Pawang Hamdi, saudara Boyak, Halilpuakajoran dan saya.

Hasil agak lumayan, bot 1 mendaratkan 18 ekor tenggiri dan bot 2 mendaratkan 6 ekor sahaja. Sejarah tangkapan yang agak baik.







































Terima kasih semua.

Isnin, 4 Julai 2016

Trip 27 Ramadan Dengan Tekong Samurai

Pada ketika orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidil Fitri, kami:Saudara Fendy Evo, cikgu Nizam, saudara Rusdi (Ody) dan cikgu Jaafar Rozidi meredah lagi Tuas Selatan bersama-sama Tekong Samurai.

Panas terik menjadikan kami semakin bersemangat merasai jerih perih kehidupan seorang nelayan menjalani ibadah puasa di tengah-tengah samudra.

Syukur Alhamdulillah kami bertahan sehingga ke hujungnya dan hasilnya lumayan juga. Terima kasih Tekong Samurai. Tahniah ahli Puakajoran tabah menjalani ibadah walau cuaca agak panas.