Isnin, 4 Julai 2016

Trip 27 Ramadan Dengan Tekong Samurai

Pada ketika orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidil Fitri, kami:Saudara Fendy Evo, cikgu Nizam, saudara Rusdi (Ody) dan cikgu Jaafar Rozidi meredah lagi Tuas Selatan bersama-sama Tekong Samurai.

Panas terik menjadikan kami semakin bersemangat merasai jerih perih kehidupan seorang nelayan menjalani ibadah puasa di tengah-tengah samudra.

Syukur Alhamdulillah kami bertahan sehingga ke hujungnya dan hasilnya lumayan juga. Terima kasih Tekong Samurai. Tahniah ahli Puakajoran tabah menjalani ibadah walau cuaca agak panas.



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan