Selasa, 27 September 2016

Trip Tuas Pulau Payar 24.9.2016 - Trip Man Bayan

Bergerak dari Slim River kira-kira pukul sebelas pagi hari Jumaat 23.9.2016. Seperti biasa terus ke Homestay sekitar Tokai untuk bermalam dan menyediakan kelengkapan untuk berjuang pada pagi besoknya.

Pagi 24.9.2019 kesemua anggota telah siap sedia dengan kelengkapan. Setelah bersarapan di pengkalan kami bergerak menggunakan 4 bot dengan tekong-tekong yang telah ditempah awal.

Bot 1, Cikgu Nizam, Man bayan, En. Nan ( merupakan sponsor pada trip kali ini) dan cikgu Musa. Bot dua dibarisi oleh Tok Pawang Hamdi dan 4 rakan dari Group PTS, Bot 3, saya, En. Din dan 3 penjoran lain manakala bot 4 dianggotai oleh Kudinpuakajoran, Bro Harun, Bro Mat Tan, Bro Saleh Bakaq dan pendatang baru Bro Fizi.

Keseluruhan tangkapan agak memuaskan, 1 layaran, 7 tenggiri dapat didaratkan. Apapun tahniah diucapkan kepada rakan-rakan bot 4 yang menewaskan hasil bot lain. Terima kasih tidak terhingga kepada pnyumbang trip "Ananda Jaya" yang diterajui En. Nan.















Trip selanjutnnya pada 2.10.2016 melalui Pantai Merdeka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan