Trip 26.11 dengan pak su SBO. Terima kasih cikgu Nizam, cikgu Hasnusi,cikgu Musa, cikgu Nurul Hafiz Mat Arof dan cikgu Wahidan.Barang yang jatuh ke laut jangan dikenang cikgu Wahidan..Biarkan menjadi satu lagi pulau atau tuas di sekitar pulau Payar. Tuas puakajoran.blogspot.com . Siapa tahu?
Sabtu, 26 November 2016
Isnin, 21 November 2016
Lama Tidak Menjoran Jelawat
Biarpun sering ke laut namun tempat asal belajar menjoran tidak dilupakan.Lama tak beraksi..Cukuplah untuk hari ini. Sepetang dengan Encik Rusdi tanpa tok pawang Hamdi Zakaria Anakrawa Balun dan Rozaimi Rozai.
Sabtu, 12 November 2016
Trip Tuas Selatan Dengan Tekong Samurai
Trip 12.11.2016 di Tuas Selatan.Tiada tenggiri pada kali ni. Terima kasih Tekong Samurai. Memang Best. Terima kasih juga rakan-rakan sepemancingan cikgu Nurul Hafiz Mat Arof Anakrawa Balun Tn Shahrul Nizam dan cikgu Wahidan. T kasih Idan Azmi Next trip 26.11 kita ke tuas payar pulak.Janji Happy.
Ahad, 6 November 2016
Kuala Gula 6.11.2016: Trip Santai Hujung Minggu
Semalam tanggal 6.11.2016. Mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk membuat kunjungan semula ke Kuala Gula.
Seperti yang dijangkakan. Air belum lagi "mati". Arus begitu deras. Air menjadi keroh. Ditambah lagi hujan yang berlarutan semalam. Air menjadi sejuk dan ikan-ikan kurang aktif.
Tidak menjadi kekesalan pada kami. Itu sahaja kesempatan yang kami ada. Saya , Ustaz Dusuki, cikgu Hafiz meninggalkan sekejap aktiviti keluarga untuk bersama-sama tekong Nazri meradah samudra Kuala Gula.
Hari ini, esok dan lusa jika ada rakan-rakan yang tidak berkerja, pastinya gembira dengan situasi air laut Kuala Gula.