Isnin, 23 Januari 2017

Trip Jig Pulau Kendi dengan Paksu Nibung Tebal 22.1.2017

Seperti yang dirancang 22.1.2017 kami mengembara lagi meredah samudra. Kali ini kami memilih tekong sangkar, Pak Su Nibung Tebal yang baru berjinak-jinak dengan pancingan jig ini. 

Kami meredah perairan melalui pengkalan Sungai Udang, Nibung tebal, Untuk booking Paksu Nibung Tebal 019-463 2148

Memandangkan ini merupakan aktiviti kami yang pertama dan tempatpun agak asing, tiada sambutan daripada rakan-rakan lain. Mereka seakan tidak berani menjoran menggunakan umpan besi ini.

Kami merintis jalan bersama-sama antaranya tok pawang Hamdi Zakaria Anakrawa Balun dan Ishak Is.

Pembuka rezeki rakan Pj Ishak Is mendaratkan kurau seberat 2kg hanya dengan beberapa kali henjutan mata jig sahaja. Kami semakin teruja.

Hingga ke akhirnya, inilah rezeki kami..Alhamdulillah. Terima kasih tekong dan rakan-rakan.

Trip berikutnya pada 29.1 ke tuas selatan dengan tekong Idan Azmi.

Paparan juga tersedia di sini Face book










Tiada ulasan:

Catat Ulasan