Aktiviti memanaskan badan pada hari Sabtu sebelum aktiviti jigging hari Ahad. Santai-santai sahaja di kaki jambatan Kuala Kurau.
Meriah juga tok pawang Hamdi Zakaria, Ishak Is dan Anakrawa Balun menarik siakap.Biarpun saiz tidak mega tetapi mengujakan.
Terima kasih cikgu Nuar dan Otai-otai Cina Kuala Kurau atas layanan baik kalian.
Rezeki kami 10 siakap saiz S. Tak abis masak 3 rasa makan empat orang. Boleh bawa balik 2 eko seorang.
Pada tarikh ini juga satu trip lagi yang diselenggarakan oleh En. Sharul sedang berlangsung di Kuala Gula. Mutaakhirnya mereka menumpaskan 8 ekor merah, 2 jenahak dan 1 kerapu.
Alhamdulillah. Esok trip jigging di Pulau Kendi dengan Tekong Paksu Nibung Tebal melalui pengkalan Sungai Udang, Nibung Tebal,
Paparan juga boleh dilihat Di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan