Paparan Tertunda. Sedang leka beraksi tiba-tiba dikejutkan oleh panggilan Kudinpuakajoran. Adik sepupu kami, Mohamad Nizam bin Saad dipanggil mengadap Ilahi. Tiada daya yang dapat dilakukan. Hanya doa dari kejauhan. Moga Roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.
Arwah disahkan menghadapi serangan jantung setelah ditemui tidak sedarkan diri di perkarangan rumah sewa beliau oleh jiran-jiran. Beliau merupakan adik bongsu kepada saudara kami, Mohamad Sani Saad dan Rosli Saad. Sangat rapat dengan kami dan sama-sama aktif dalam "perjuangan".
Jenazah dikebumikan selepas maghrib dan saya tidak sempat untuk berziarah kerana tiba agak lewat lebih kurang jam 2.00 pagi. Salam takziah untuk keluarga, semoga dapat bersabar dengan ketentuan Allah. Kepada keluarga saya mohon ampun dan maaf kerana tidak sempat bersama-sama.Untuk arwah, mohon hadiahkan Al Fatihah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan