Sabtu, 24 November 2018

4.November 2018 Kumpaw Akhirnya


Meskipun mendapat maklumat terkini daripada tekong ikan tidak mahu makan kerana faktor perubahan tiupan angin, TRIP "TERBOOKING" kami teruskan juga pada tarikh yang dirancang 4.11. 2018.

Seperti biasa,lokasi kami Tuas Yan Selatan melalui Pengkalan Nelayan Sungai Udang. Kerana terlalu teruja kami tiba agak awal dan bermalam di Home Stay Cikgu bersebelahan Pejabat Pos Yan berhadapan IPD Yan. 

Makan malam sedap juga. Ada Gerai depan tu jual satay dengan saiz agak luar biasa daripada tempat lain dengan harga yang agak menyenangkan kami. Jauh lebih murah dari tempat lain.Rasanya, mmmm sedap sangat. Kena cita rasa. 

Mengimbau kenangan silam seperti lebih 20 tahun dahulu apabila pihak Home Stay membekalkan kelambu tatkala tidur malam. Rumah papan dua tingkat persis teratak bonda. Nyaman tidur hingga ke pagi.

Pelayaran kami dengan Bot 1 yang dikemudiTekong Bang Dee dianggotai Cikgu Musa, Cikgu Sofi dan Otai Group manakala Bot 2 ditekongi Bang Lan dan awak-awaknya disertai anggota tersenarai seperti Cikgu Nizam Baloon,Cikgu Hasnusi, Saudara Fendy Evo, Cikgu Tn Hj Idris,Saudara Ishak Canai dan saya sendiri.

Jenuh berkalih dan mengubah teknik namun terpaksa terima hakikat. Kumpaw.

Serik??? Oh, tidak sekali-kali!.Tunggu kehadiran kami pada 11.12.2018 nanti.

Fishing 4all.T kasih.









Ahad, 7 Oktober 2018

TRIP TERTUNDA ADMIN PECAH TONG DENGAN KUDA


Seperti yang dirancang, trip "Tertunda Admin" ini telah dapat dilangsungkan di lokasi Tuas Yan Selatan Melalui Pangkalan Nelayan Sungai Udang pada tarikh 6.10. 2018.

Seperti kebiasaan Bot Tekong Abang Lan disertai anggota yang tidak asing lagi bagi group kami iaitu Cikgu Niezam Balun, Cikgu Musa, Cikgu Tn. Hj Idris serta dua orang pendatang baharu dalam group iaitu Saudar Halim TEKUN dan Saudara Pian dari Slim River. Tekong dibantu oleh awak-awak Zurin yang sangat ringan tulang.

Biarpun masih dibayangi Monsun dan kejadian Tsuunami Palu, kami nekad dengan berpandukan ramalan cuaca yang dijangka baik pada hari tersebut. Alhamdulillah, cuaca sangat baik hingga ke petang.

Permainan kali ini tiada sedikitpun sapaan daripada Sang Tenggiri namun kami cukup berpuas hati dengan keramahan Sang Kuda. Kira " Pecah Tong" jugalah.

Sedang leka beraksi tiba-tiba dikejutkan oleh panggilan Kudinpuakajoran. Adik sepupu kami, Mohamad Nizam bin Saad dipanggil mengadap Ilahi. Tiada daya yang  dapat dilakukan. Hanya doa dari kejauhan. Moga Roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Arwah disahkan menghadapi serangan jantung setelah ditemui tidak sedarkan diri di perkarangan rumah sewa beliau oleh jiran-jiran. Beliau merupakan adik bongsu kepada saudara kami, Mohamad Sani Saad dan Rosli Saad. Sangat rapat dengan kami dan sama-sama aktif dalam "perjuangan".

Jenazah dikebumikan selepas maghrib dan saya tidak sempat untuk berziarah kerana tiba agak lewat lebih kurang jam 2.00 pagi. Salam takziah untuk keluarga, semoga dapat bersabar dengan ketentuan Allah. Kepada keluarga saya mohon ampun dan maaf kerana tidak sempat bersama-sama.Untuk arwah, mohon hadiahkan Al Fatihah.

Terima kasih kepada tekong, pembantu tekong, pemilik rumah tumpangan dan rakan-rakan group.

Jumpa lagi pada trip akan datang. Fishing 4all.T kasih.




































Tq.

Semoga Rohnya dicucuri Rahmat

Paparan Tertunda. Sedang leka beraksi tiba-tiba dikejutkan oleh panggilan Kudinpuakajoran. Adik sepupu kami, Mohamad Nizam bin Saad dipanggil mengadap Ilahi. Tiada daya yang  dapat dilakukan. Hanya doa dari kejauhan. Moga Roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Arwah disahkan menghadapi serangan jantung setelah ditemui tidak sedarkan diri di perkarangan rumah sewa beliau oleh jiran-jiran. Beliau merupakan adik bongsu kepada saudara kami, Mohamad Sani Saad dan Rosli Saad. Sangat rapat dengan kami dan sama-sama aktif dalam "perjuangan".

Jenazah dikebumikan selepas maghrib dan saya tidak sempat untuk berziarah kerana tiba agak lewat lebih kurang jam 2.00 pagi. Salam takziah untuk keluarga, semoga dapat bersabar dengan ketentuan Allah. Kepada keluarga saya mohon ampun dan maaf kerana tidak sempat bersama-sama.Untuk arwah, mohon hadiahkan Al Fatihah.


Ahad, 16 September 2018

Pakej Menarik dengan Bot Tekong Cikgu Mie Dulang ( 013 5848352 ) - Promosi untuk Group Puakajoran dan Rakan Sekutu

Berita yang kita terima, sahabat kita Cikgu Mie Dulang @ Cikgu Azmi Rodhi sudah melangkah ke bidang pelancongan berasaskan " marine" secara sambilan.

Rakan-rakan Puakajoran.blogspot.com bolehlah berhubung dengan beliau untuk trip memancing di Tuas Yan. 

Cikgu Mie Dulang @ Cikgu Azmi Rodhi boleh dihubungi di talian 013 5848352.

Pangkalan berlepas ialah Kuala Sungai Dulang, satu lokasi yang menjadi titik permulaan rakan-rakan puakajoran.blogspot satu ketika dulu. 

Tawaran atau potongan harga ditawarkan untuk rakan-rakan Puakajoran.blogspot. Fishing 4all.







Pekej menarik yang disediakan oleh Cikgu Mie 






HUBUNGI CIKGU MIE DULANG DI TALIAN 013 5848352 UNTUK INFO LANJUT

FISHING 4ALL!