Rabu, 09.12.09 pagi-pagi lagi dah menjengok ke "pot" biasa, sungai Slim. Hajat di hati nak cuba-cuba menjinakkan terbul.Di musim panas begini, air sungai tentunya jernih. Sehingga pukul 2.00 petang, usahkan terbul, seluang pun tidak mahu menjamah umpan.Hanya seekor ikan rong kecil yang sudi meragut sawit umpan. Ikan tersebut terpaksa dilepaskan semula kerana saya terlupa membawa alat pengepam udara. Jika tidak, bertambah lagi koleksi ikan akuarium saya.
Pucuk paku, kalau dibuat masak lemak cili api sedap juga ni... Hanya ikankecil ini yang berjaya dijinakkan Terpaksa dilepaskan semula kerana terlupa membawa alat pengepam udara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan