Sabtu, 12 Disember 2009

Tuas Kelabau Kampung Alah Batu

Sabtu, 12.12.09 bergerak secara solo ke Tuas Kelabau di Kampung Alah Batu dalam Daerah Ulu Selangor yang bersempadan dengan Slim River. Lokasi ini menjadi pilihan memandangkan musim kemarau yang menyebabkan air agak jernih dan sedikit tohor. Kelabau biasanya berkumpulan bermain di kawasan yang agak tenang di bawah bangkar atau batang kayu yang terletak di lokasi yang agak dalam. Buah sawit yang masak merah menjadi kesukaan kelabau. Ikan ini akan bertambah galak meragut umpan jika cuaca cerah dan panas terik.Ramai juga kaki pancing yang teruja untuk mengail kelabau pada hari ini.

Bahagian atas sungai ini adalah penempatan Orang Asli Cangkat Bintang.
Air sungai yang jernih

Cuaca yang panas terik.Jam menunjukkan hampir pukul 5.00 petang. Usahkan kelabau dapat dijinakkan, getusan pada umpan pun tiada. Rata-rata pemancing yang saya temui semuanya dengan jawapan yang sama...."tak mau makan".
Sebagai buah tangan, hanya gambar pokok rotan dan buahnya dapat saya sajikan.

Pokok paku midin...
Pokok gegeli...
Sdap juga kalau direbus...
Akhirnya hanya baung kecil ini yang dapat dijinakkan menggunakan umpan belalang......


Inilah rupa ikan kelabau yang mendiami tuas ini. Pernah rakan-rakan pemancing mendaratkan kelabau seberat lebih 2 kg di lokasi ini. (Gambar lama)Gagal lagi pada misi yang ke 9. Selepas ini? Entahlah..... berehat sebentar agaknya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan