Ahad, 10 Januari 2010

Jelawat Tahun Baru 2010, Tangkap dan "Terlepas"

10.1.2010 - Lebih kurang jam 2.30 petang, satu sentapan kuat pada joran Lemax dan pasangannya Banax SG 4000. Dengan penuh hati-hati saya memutar pengayuh, terasa amat berat. Sebentar kemudian muncullah kelibat jelawat bersaiz "M". Agak sukar untuk mendaratkannya kerana rontaan, tali pancing yang terbelit antara satu sama lain dan batang terberau yang berceranggah, namun setelah dicuba akhirnya saya dapat menaikkan ikan tersebut dengan membuka pin perambut. Malang tidak dijangka, setelah berjaya menariknya ke darat, perambut Ichiban 25 lbs yang saya pegang terputus tiba-tiba menyebabkan jelawat yang hampir sangat saya masukkan ke "jut" terjatuh dan melepaskan diri. Anggaran saya lebih kurang 1.2 kg. Punah sebuah impian di awal tahun 2010. Terduduk saya di pangkal sawit seketika.....

Sebagai gantinya hanya anak jelawat sekitar 200g dapat saya jinakkan.


Aksi berikutnya agak kucar kacir kerana tekanan. Keladi bunting pula bertali arus dan agak mengganggu.

Di sinilah jelawat 1.2 kg dapat meloloskan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan