Ahad, 10 Januari 2010

Saudara Hisyam Pengunjung Baru "Pot" Jelawat Cenderiang

Ahad 10.1.10, saya bergegas ke pot biasa, Sungai Cenderiang dengan niat menbuat tangkapan bertuah @ pembukaan 2010. Pertemuan kedua saya dengan saudara Hisham seorang penjoran tegar yang tinggal di Temoh. Dari cerita beliau, inilah kali pertama beliau memancing di sini. kali pertama tersua saya dulu(akhir tahun 2009), beliau dan rakannya sedang mencari "pot".

Menurut beliau, rakan-rakannya yang kerap mendapat tangkapan lumayan di situ tidak pernah memberitahunya tentang pot tersebut walaupun jarak dengan rumah beliau hanyalah lebih kurang 8 km sahaja. Itulah rakan-rakan, ada kalanya amat berahsia tentang "pot".

Saudara Hisyam mencatat sejarah di tahun baru ini. Kali pertama berkunjung beliau dapat menjinakkan jelawat seberat 1.4 kg. Tahniah Hisyam....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan