Khamis, 7 Januari 2010

Memancing Belut

Baru-baru ini rakanpuakajoran, Pak Su @ Cepoi sempat merakamkan gambar salah seorang rakan warga seberang yang dikenali sebagai "Wak" sedang beraksi memancing belut. Belut boleh didapati ditanah bergambut atau paya sekitar Felda Gunung Besout. Dengan senang hati "Wak" memberikan pos menarik untuk tatapan rakan-rakan senegara dan seluruh warga blog pancing.

Wak sedang meninjau lokasi belut
Mengesan belut menggunakan jari.
Memasukkan mata pancing berumpankan daging ikan.
Belut sudah memakan umpan.
Inilah hasilnya....
Melihat aksi ini, teringat di zaman kanak-kanak dahulu. Kami menyusuri permatang sawah untuk memancing belut bagi mendapatkan wang saku ke sekolah. Kata orang, daging belut enak dan berkhasiat. Antara khasiatnya dapat menyembuhkan penyakit kulit. Di sebelah utara semenanjung pula, belut dijadikan adunan untuk kuah laksa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan