Selasa, 5 Januari 2010

Siakap "Jack Pot" 2010 Kolam Pancing Batu 30

Sejak beberapa bulan yang lalu amat payah menjejaki "Otai Rakanpuaka Besout". Mereka yang saya maksudkan ialah Otai Cik Abai (En. Sabri) dan Juragan Nizam Balun. Rupa-rupanya mereka seakan mahu berpencen daripada menjadi pemburu haruan atau penunggu lubuk (sungai) maupun lombong dan berhijrah menjadi kaki pancing kolam siakap atau kolam ikan air tawar di sekitar sini hingga ke Rawang. Tuah ayam nampak di kaki, tuah penjoran terletak pada kesungguhan dan rezeki masing-masing. Menjelang tahun 2010 En. Abai telah dinobatkan sebagai penjoran bertuah kerana berjaya mendaratkan siakap "Jack Pot" di salah sebuah kolam memancing yang dikunjunginya.Berat siakap tersebut ialah 8 kg. Beliau menerima hadiah sebanyak RM 2000.00. Juragan Nizam Balun juga telah ditabalkan sebagai juara berganda di salah sebuah kolam memancing sekitar sini.Tahniah!

Rakanpuaka, Juragan Nizam Balun teman sepasukan En. Abai.
Anak En. Abai turut beraksi bersama siakap 8 kg.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan