Saya menerima kiriman gambar terbaru Rakanpuaka, Apoi Si Puaka Besout. Belida ini ditawannya di Ulu Basir beberapa hari lalu berumpankan udang hidup. Menurut rakan-rakan pancing, belida berkumpul di lubuk-lubuk sepanjang sungai Ulu Basir kerana air sungai yang agak tohor lantaran musim kemarau. Belida juga amat licik melepaskan diri apabila termakan umpan dan tidak mudah terperangkap oleh jaring. Lantaran itu, pemancing perlu cekap mengendalikan pancing apabila merasakan Sang Belida ini telah memakan umpan.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan