Selepas merawat kereta saya beberapa hari yang lalu, Mat Yani bergegas ke sebuah lokasi rohu sekitar Sungkai, namun agak hampa kerana tidak dibenarkan masuk lantaran telah diambil alih oleh seorang pengusaha ternakan ikan. Hampa dengan situasi itu, beliau terus menuju ke arah Bidor. Tidak diduga beliau terpandang beberapa pemancing sedang beraksi disalah sebuah lombong sekitar situ.Tanpa membuang masa beliau dan "team"nya singgah untuk beraksi. Berumpankan dedak dan roti beliau berjaya mendaratkan rohu seberat 3kg. Walaubagaimanapun saya agak lewat untuk mendapatkan gambar ikan yang baru dinaikkan. Apa yang saya dapat hanyalah merakamkan gambar ikan yang telah dibekukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan