Hampir tiga minggu tidak turun ke sungai menjoran. Bukan tidak tegar tetapi kerana kesibukan tugas dan rutin harian. Ditambah pula keadaan cuaca yang tidak menentu. Hampir setiap hari langit mendung disusuli hujan dan petir. Sesekali sempat juga berkunjung ke bengkel Golokkraf Tok Kie untuk berbual-bual.

Replika yang saya paparkan ini bukan hanya sekadar seekor ikan. Rekaan unik ini kepunyaan seorang pengurus Felda sekitar sini.

Menurut Tok Kie, pemilik ikan unik ini meminta beliau membaik pulih "ikan" yang sudah dimamah usia.

Rekaan unik untuk pemancing tegar."Golok Udang di makan Ikan"





Sebarang pertanyaan hubungi Tok Kie di Golokkraf.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan