Rabu, 5 Mei 2010

Lagi Catatan Sekitar Trip Mikat TTF Sungkai 2010

Sebelum hujung minggu berlabuh, saya masih ingin memuatkan catatan tentang Trip Mikat TTF yang telah berlalu beberapa hari lalu. Saya sedikit teruja dengan kegigihan penganjur yang bertungkus lumus memastikan aktiviti berjalan lancar.Objektif utama untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli begitu terserlah.Syabas saya ucapkan.
Kain rentang yang tergantung di ruang hadapan dewan.
Sebahagian peserta yang terlibat.Kelihatan juga sahabat saya Faizal(berbaju kotak),Pak Ya Burung (bertopi).Mengaminkan doa sejurus selepas majlis pelancaran.
Gambar di awal pagi.
Sebahagian keperluan burung dan peralatan memikat yang dipamir dan dijual.Cepoi@Paksu (berbaju putih) turut serta.
Merbuk yang berjaya dipikat dua hari sebelum aktiviti berlangsung.Pak Su @ Cepoi - Test Power!

Pikat baru Faizal mati disambar sewah sehari sebelum aktiviti berlangsung.
Matinya seekor bakal "Pembunuh Upahan"
Aktiviti berakhir kira-kira 6.30 petang.Terkurang terlebih harap dimaafkan. Bersua di Trip berikutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan