Ladang Song Seng yang terletak agak jauh daripada perkampungan Felda Gunung Besout bukanlah halangan untuk penjoran-penjoran tegar mempertaruhkan kemahiran demi memenuhi minat dan juga sebagai punca pendapatan tambahan. Salah seorang rakan baru (rakan di tempat kerja) Cik Lie, sudah mula menunjukkan kemahiran. Sebelum ini Cik Lie tidak pernah melakukan aktiviti ini, kalau adapun hanyalah sekadar suka-suka dan tertumpu di kawasan laut atau pantai. Sejak berkawan dengan rakan-rakan Puakajoran, boleh dikatakan setiap petang beliau keluar untuk menjoran.Ada kalanya timbul rungutan daripada isteri beliau. Sepanjang berkecimpung dalam hobi baru ini (kira-kira 3 bulan), inilah tangkapan Cik Lie yang terbesar. Haruan Ladang Song Seng seberat 1.2 kg.

