Hari ini
Jumaat, 04.06.2010. Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, sempat berbual-bual dengan isteri. Rupa-rupanya tarikh ini genaplah usia perkahwinan kami yang ke-11. Apa yang menarik, dan tarikh ini begitu istimewa ialah kebetulan hari dan haribulannya sama dengan catatan perkahwinan kami kira-kira sebelas tahun dulu. Kami diijabkabulkan pada hari
Jumaat 04.06.1999, keesokkan harinya kami disatukan dan hari berikutnya kami berkunjung ke rumah ayah bonda untuk resepsi perkahwinan.
Isteri diapit oleh dua orang puteri kami, Afifa Zuhairah (10 tahun) dan Aisyatussufiiah (8 tahun).

Aisyatussufiiah ketika sambutan hari guru yang baru lalu.

Putra Istimewa kami, Muhammad Aqeel Dhiaulddeen (6 tahun)


Putra Bongsu kami, Muhammad Aqeef Wajdee (4 tahun)


Bukan kek ulang tahun perkahwinan, tetapi kek ulang tahun kelahiran putera bongsu kami.

Di hadapan Zoo Taiping, 2009.

Apapun yang pastinya, tiada lagi ucapan "Selamat Ulang Tahun Perkahwinan" untuk kami, yang sering diucapkan oleh oleh ayahanda kami, Zainol Abidin b. Man sejak 2 tahun kebelakangan ini. Al Fatihah untuk arwah abah....terasa benar kami akan kehilanganmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan