Jumaat, 4 Jun 2010

Lintas Langsung Perhimpunan Membantah Keganasan Israel

Jumaat 08.00 pagi.

Terima sms daripada beberapa aktivis, antaranya daripada rakan-rakan barisan hadapan Amal Malaysia, DUN Selinsing berbunyi:

Arahan daripada Pimpinan Pemuda Pas Pusat, Semua Pemuda Pas dari seluruh negara berkumpul di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat dan berarak ke Kedutaan Amerika. Jika anda pemuda Umno, sila berkumpul di Masjid Jamek untuk tujuan yang sama.

12.30 Tengah hari, suasana tenang dengan kehadiran jemaah dan aktivis di perkarangan masjid untuk menunaikan solat Jumaat.Selepas solat Jumaat, aktivis dan rakyat Malaysia bergerak menuju Kedutaan Amerika untuk menyerahkan nota bantahan keganasan Israel menyerang konvoi Freedom Flotilla kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Saudara Mat Sabu juga turut kelihatan.
Nota Bantahan kemudiannya berjaya diserahkan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim, Ust. Nasaruddin Mat Isa dan En. Lim Kit Siang kepada Duta Amerika di Pejabat Kedutaan Amerika.

Liputan lanjut akan dimuatkan dalam http://islampenyelesaian.blogspot.com/ nanti.

Sumber: Amal Malaysia DUN Selinsing dan DUN Langat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan